BN memberi alasan mengadakan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menstabil politik dan memastikan pembelaan
ke atas rakyat yang lebih baik.
Ahli Parlimen Akmal Nasir (PH -
Johor Bahru) berkata, sekiranya tujuan BN semurni itu maka bajet RM150 juta
menganjurkan PRN Johor lebih baik digunakan untuk memberi pelbagai bantuan
rakyat yang terkesan akibat Covid 19 dan banjir yang melanda Johor baru baru
ini.
"Malangnya ada yang masih
berebut kuasa, berbalah sesama sendiri membazirkan RM150 juta untuk PRN di
Johor. Tindakan ini bukan sahaja tidak membantu sebaliknya membebankan rkayat.
"Kalau betul nak bantu
orang Johor, fokuskan dasar membela rakyat. Kumpulan yang terkesan akibat
kurang aktiviti ekonomi sepatutnya menjadi keutamaan penyaluran dana.
"Alangkah baiknya kos
untuk PRN disalurkan kepada pakej ransangan tambahan. Terdapat ribuan peniaga
kecil yang gulung tikar. Lebih 12,000 pekerja di Johor diberhentikan.
"Perlu dana RM10 juta
disalurkan ke Larkin Sentral, hub pembangunan yang terkesan teruk dengan PKP.
Sekarang di Larkin Sentral, bahagian kering hanya 50% sahaja yang masih
bernafas dan bertahan tak tahu sampai bila.
"Atau dana RM150 juta itu
dimanfaatkan kepada mereka terkesan Covid. Bila positif arahan kuarantin
seminggu. Tetapi kesensaraan kepada pesakit dalam tempoh seminggu, mereka tiada
pendapatan. Kalau keutamaan itu untuk membantu rakyat, maka beri RM500 bagi
yang kena kuarantin kita boleh bantu 300,000 orang jika tidak ada PRN,"
katanya dalam sesi ucapan di Dewan Rakyat pada sebelah pagi.
Selain itu, Akmal juga
menempelak pengumuman BN untuk membuka sempadan negeri Johor dan Singapura
sekiranya menang PRN.
Sedangkan, katanya sempadan
boleh dibuka lebih awal untuk 200,000 rakyat Johor yang berkerja di Singapura
untuk pulang mengundi.
"Kalau kerajaan nak umum
pembukaan sempadan jangan untuk gula gula PRN. Umum dan buka sekarang biar
rakyat Johor balik mengundi serta pulihkan ekonomi," katanya.
Akmal juga membangkitkan isu
ekonomi gig yang mana semakin dianggap pekerjaan utama di Malaysia.
Katanya, pekerja gig perlu
diberikan KWSP dan Socso sebagaimana pekerja dalam bidang lain yang dianggap
pekerjaan tetap.
"Ada kumpulan anak muda
dalam gig ekonomi, lebih 4 juta orang atau dikenali sebagai riders penghantar
makanan. Kos sara hidup melambung tinggi. Pendapatan mereka ditekan. Komisyen
yang mereka terima dikurangkan.
"Dari segi perlindungan
masa depan pula terabai. Kalau betul nak masuk PRN itu keutamaan jaminan kepada
anak muda maka beri caruman KWSP dan Socso. Wajibkan syarikat buat caruman
mandatori.
"Kalau kita tengok data
ketika ini, syarikat gig ini mendapat pulangan 18% berbanding KDNK dan akan
meningkat 30% dalam 2 tahun.
"Kalau betul ada kejujuran
bantu anak muda, selain wajib sumbangan mandatori, buat undang undang untuk
bantu pekerja gig ini kerana pekerjaan gig telah jadi sepenuh masa, bukan lagi
separuh masa," katanya.