Ada satu komen
berbentuk pertanyaan dalam posting aku. Komennya berbunyi: "Suka ke kalau
DAP perintah negara?" Aku jawab suka. Dan aku tanya semula, apa hujah
untuk tak boleh suka kalau DAP perintah negara?
Takut orang Cina jadi
Perdana Menteri? Takut orang Cina berkuasa? Takut Islam hilang kedudukan
sebagai agama rasmi?
Pertama sekali, PM
Malaysia mesti Melayu. Jadi kalau DAP pegang majoriti pun, dia mesti calonkan
MP Melayu sebagai PM. Nak lantik PM perlu restu YDP Agong. Maka kalau kita
dapat PM bukan Melayu, itu mesti YDP Agong dan perkenan.
Kedua, kalau PM bukan
Melayu pun, hak istimewa orang Melayu (yang sebenarnya tak pernah wujud) tetap
terlindung dalam perlembagaan. Begitu juga status Islam sebagai agama rasmi.
Memang boleh tukar tapi perlukan persetujuan ⅔ dewan.
Dan sekali lagi,
kalau dapat pun ⅔ dewan, tetap masih perlu perkenan daripada YDP Agong. Jalan
ceritanya tak mudah. Bukan macam tukar siaran tv.
Ketiga, aku lebih
takut jika yang memerintah itu perasuah, penyeleweng, perompak bahkan mungkin
pembunuh. Lebih rosak negara. Selama merdeka, negara kita sentiasa dipimpin
oleh orang Melayu. Jadi segala kes rompakan harta rakyat, rasuah dan seleweng
semuanya dibuat oleh orang Melayu yang pegang kuasa.
Dan selama Melayu
perintah, yang paling miskin adalah orang Melayu. Yang ramai hisap dadah pun
orang Melayu. Bahkan negeri yang majoritinya orang Melayu adalah antara yang
paling miskin walaupun negeri itu banyak hasilnya.
Siapa yang rompak
Melayu? Orang Melayu sendiri la...
Jadi aku nak takut
apa kalau DAP memerintah. Kerana DAP bukanlah parti Cina. Ada ramai Melayu
Muslim dalam DAP. Dan kalau DAP parti Cina pun, DAP takkan dapat ubah perkara
yang berkaitan dengan Melayu dan Islam kecuali dengan sokongan MP Melayu
sendiri dan diperkenan YDP Agong.
Tapi bayangkan kalau
perasuah dan penyeleweng yang mengepalai negara. Tak mustahil mereka jual
negara untuk keuntungan diri.
Lupa bagaimana negara
kita hampir tergadai kepada China apabila projek mega tak perlu dibuat dengan
berhutang kepada negara itu? Projek mega yang mungkin sebenarnya topeng bagi
bolehkan wang disalur ke poket sendiri tanpa disedari rakyat.
Kalau aku nak jadi
rasis, nak takut dengan kaum lain, baiklah aku takut kepada MCA dan MIC. Kerana
kedua parti ini memang berasaskan kaum dan mereka tak buka keahlian kepada
orang selain kaum mereka. Rasisnya!
Yang peliknya, orang
Melayu rasis yang takut DAP sanggup pula bertuankan MCA dan MIC. Jadi balaci
gantung bendera mereka sedangkan orang Cina dan India pun tak mahu kempen untuk
mereka. Tapi mereka jadi takut kepada parti berbilang kaum seperti DAP. Nak
kata apa itu kalau bukan BODOH?
Akhir sekali, DAP
takkan jadi majoriti. Takkan dapat perintah negara ini secara sendiri, paling
tidak untuk tempoh 30 tahun lagi.
Jadi aku nak takut
apa?
DAP cuma momokan UMNO
dan PAS bertujuan untuk memperbodohkan orang Melayu. Kalau kau terpengaruh,
maka sahih kau bodoh. Sekian.
Raja Gelap