Benda yang paling kelakar, masa Anwar bising dia boleh sokong penyamun najib, tapi sekarang ini dia pula yang ratib 1mdb hari-hari. Oohhh the irony


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF



Ahmad Najmee

iS3c81nhittio224hffdt7  · 

2011 Anwar dah sebut pasal 1MDB.

Tapi tak diendahkan.Ramai yang cakap dia fitnah

Mahathir masa ini masih sokong Najib.

2013 Anwar bangkitkan lagi dalam Parlimen.Ramai yang boo.Ramai yang perlekeh.

2015 Anwar masuk penjara.Rafizi terus bongkar 1MDB.Masih ramai tak percaya.Rafizi dituduh buat fitnah.Majoriti Menteri2 UMNO BN pertahan Najib.Termasuk Mahiadin, Shafie Apdal & Mahathir.

Majoriti UMNO BN jilat Najib.

2016 -2017 Rafizi masih desak.Mahathir baru berubah nada.Mahiadin & Shapie nampak peluang nak jatuhkan Najib.Konon2 jadi hero lawan Najib sebelum akhirnya dipecat.Mahathir baru tersipu2 malu nak lawan Najib.Terhegeh2 nak join Pakatan.Join Bersih.Buat Deklarasi Rakyat sebelum tubuhkan BERSATU & Pakatan Harapan.

2017-18 USA dah buka kertas siasatan.Banyak aset2 1MDB di USA disita.MO#1 dinamakan sebagai tertuduh tapi BN UMNO nafikan.Kononnya MO#1 bukan Najib.1MDB diklasifikasi sebagai OSA.Sebagai helah supaya tak boleh dipersoal di Parlimen.Mahathir baru berani tebalkan muka.Konon2 dah insaf.Jumpa Anwar di penjara & mahkamah.Minta nak bergabung dengan PKR.

PAS berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda.Majoriti UMNO BN masih pertahan & jilat Najib.Temasuk KJ & Asyraf Wajdi.

Mei 2018 PH menang.Mahathir dilantik jadi PM sementara Anwar dapat pengampunan.Tak habis2 tunjuk hero.Konon PH menang sebab pengaruh dia.

Cadangan senarai menteri PH dibakulsampah.Sengaja pilih kroni2 & kartel2 untuk pecahkan PH.Awal2 masih tunjuk hormati peejanjian dengan PH.

2019-2020.Mahathir tunjuk belang lama.Sengaja tak tunaikan manifesto & buat kenyataan kontroversi untuk create damage kepada PH.Lebih banyak buat decision tanpa berunding dengan pimpinan PH lain.Banyak kroni2 diberi kepentingan dalam kerajaan.Pemimpin2 UMNO yang di'BERSATUkan diberi jawatan penting dalam kerajaan.Kesudahannya Anwar & Rafizi jadi mangsa bila manifesto tak ditunaikan.

Jan 2020 Mahathir terus tamak untuk berkuasa.Masih berdolak dalih nak serah jawatan.Kononnya tak boleh pass terus jawatan PM kepada Anwar.Kena persetujuan Parlimen.Senyap2 bertemu dengan Geng Tebuk Atap buat Langkah Sheraton.

Feb 2020 Langkah Sheraton berjaya.Mahathir tarik diri last minit sebab taknak berkerjasama dengan Najib.PH tumbang apabila Mahathir letak jawatan.Bersatu dihijack oleh Mahiadin.Mahathir masih bercita2 jadi PM.Cadangkan Unity Government.Akhirnya Mahiadin dilantik jadi PM.Majoriti UMNO BN sokong Mahiadin.

2021 Mahiadin didesak letak jawatan.#kerajaangagal.UMNO BN tak mengaku gagal.Blame semua failure kepada Bersatu.Start main sentimen.Ramai jadi hero konon2 desak buat iCitra.Akhirnya atas desakan UMNO Mahiadin berundur.Mail lambung jadi PM.Geng Penyamun berjaya kuasai negara semula.

2022 Kes 1MDB dibicarakan di USA.Lebih banyak pengakuan & bukti keterlibatan Najib & kroni terbongkar.PAS & Ulama Muda UMNO terus jadi syaitan bisu.MAZA buat2 tak ambil port.

Selepas 11 tahun Najib masih walaupun dah 2 kali disabitkan bersalah.Masih disambut sebagai hero rakyat.

Selepas 11 tahun Anwar tetap dianggap gila kuasa nak jadi PM & tipu manifesto.Rafizi pula tak habis2 dikatakan fitnah & reka formula palsu.Sedangkan kedua2nya tak pernah dilantik Menteri PH.Tak pernah terlibat dalam keputusan penggubalan dasar & jemaah Menteri.

Selepas 11 tahun masih ramai tak percaya 1MDB walaupun negara kena bayar 64 billion hutang 1MDB.Najib masih dianggap Bossku.Masih ramai percaya cakap Najib konon2 1MDB tak usik duit rakyat.

Selepas 11 tahun masih ramai rakyat masih undi UMNO BN.Paling aku kagum ialah Encik Kimi Shaari .Sampai sekarang Najib jadi pujaan hati.