DATA SIAPA YANG DIBOGELKAN?


Iswardy Morni



SARAWAK PAY:


Sarawakpay (Spay) adalah satu sistem pembayaran tanpa tunai yang dibangunkan oleh SiliconNet Technologis Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.


Spay mengambil data perbadi anda dan di simpan di dalam server yang di miliki oleh Silicon Technologies.


Namun begitu, Silicon technologies tidak menggunakan perkhidmatan payment gateway mereka sendiri. Sebaliknya, pada April 2019,  mereka bekejasama dengan sebuah syarikat yang di namakan sebagai Union Pay.


Siapa Union Pay?


Union pay adalah sebuah syarikat yang di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan China yang berpengkalan di Shanghai. 

Di dalam Website Spay Sendiri, dalam laman Private Policy sarawak pay. Spay menulis:


In order to provide you with push notification services, S PAY GLOBAL integrates with Jiguang JPush Software Development Kit (SDK), which will collect your device information.


Terjemahan:


Untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan pemberitahuan dorongan, S PAY GLOBAL mengintegrasikan dengan Jiguang JPush Perisian Pembangunan Kit (SDK), yang akan mengumpul maklumat peranti anda.


Siapakah Jiguang?


Jiguang adalah sebuah syarikat di China yang beroperasi menyediakan platform kewangan tanpa tunai yang di kenali sebagai UnionPay yang 100% pemilikan adalah Kerajaan China.


Sistem PADU:


Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu 

1. Kementerian Ekonomi, 

2. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan 

3. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan penglibatan data dari lebih 300 agensi kerajaan.


Jadi - YB Karim... Dari dua ni, data mana yang berkemungkinan boleh bocor keluar dan menyebabkan kerajaan dan rakyat TERBOGEL?



No comments: