Saya MENGHINA kalimah Allah!?Wartawan baru belajar menulis kot


 Saya MENGHINA kalimah Allah!?





Pagi ni, berdesup whatsapp msg masuk ke phone saya. Ramai tanya....


"Betul ke IK kena saman RM2 juta kat Dubai???"


Terkejut unta dibuatnya saya baca msg2 pagi2 ni sebelum nak sahur.


Sampai la ada sorang kawan saya ni hantar link seperti screen shot di bawah;


"Penghina kalimah Allah di Dubai didenda hingga RM2 juta, penjara 5 tahun"


Pastu siap letak besar2 muka saya yang hensem tu.


Laaaa....


Camnilah media "tabloid" di Malaysia nak meraih views dan pembaca. Buat tajuk panas macam tu, pastu letak muka abang Dubai hensem supaya menjadi click bait untuk orang baca.


Screen shot ni juga tular di TikTok. Habis la semua adik2 TikTok fikir abang Dubai depa dah masuk penjara, tahun 2029 baru keluar.


Dah la ramai orang suka baca tajuk je tanpa baca sepenuhnya. Allahu...


Malaysia Gazette ni pun satu. Buat tajuk panas dan letak muka saya macam tu kenapaaa???


Konteksnya, baru2 ini saya buat perkongsian kat FB tentang di Dubai, HUKUMAN jika menghina agama adalah RM2 juta & penjara. Just nak share betapa strict hukumannya di Dubai, tu je...


Sepatutnya, tajuk Malaysia Gazette adalah:


"Irfan Khairi kongsikan Penghina kalimah Allah di Dubai didenda hingga RM2 juta, penjara 5 tahun"


Pastu baru lah letak muka saya yang hensem tu...


Baru la orang tak salah faham dan takut terjadi fitnah pula time2 bulan Ramadan ni kan?


Apa pendapat anda?


Saya dapat mengeluh je la. Takpe lah... yang penting hensem 😅


***

Dalam keadaan ekonomi dan harga meningkat kini, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kos hidup semakin meningkat is REAL. Tapi tanggunjawab kita untuk bijak wang dan tambahkan lagi pendapatan.


Tak semestinya nak jadi jutawan atau kaya raya, tapi kalau perniagaan sambilan dapat extra RM500 - RM1000 pun pastinya membantu kan?


Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, tapi tak tahu cara dan di mana nak mula, tak tahu nak jual apa? ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.NakJualApa.com


Saya kongsikan perniagaan sambilan dari rumah yang terbaik dan menguntungkan untuk anda mula.


-ik

dubai


PS: kepada penulis MG Khairulanwar Yahaya, mintak tolong ejas sikit tajuk tu brooo.... kasi manis sikit sempena Ramadan. Bolehhh?



No comments: