NORMAN RADZUAN
Untold Story Kisah Living Legend di Malaysia
SAYU DERITA PERJALANAN ANWAR DAN KELUARGA
Ketika di dalam panggung ada seorang wanita bertudung dan
berjubah hitam bertanya kpd saya dan Jason Yew ( Tik Tokers) ..”Masa 1998 umur
berapa.”Jason beritahu dia masih muda dan saya hanya tersenyum sahaja tidak
menjawab.
Kata wanita itu lagi, jika mereka yang berjuang 1998 pasti akan
menitis air mata menonton filem ini kerana memahami derita keluarga insan
bernama Anwar Ibrahim.
Ya di dalam hati saya bersetuju dengan kata2 wanita itu kerana saya
berada di situ. Saban malam ke rumah DS Anwar di No. 8, Jalan Setiamurni 1,
Bukit Damansara.
Mereka yang berjuang di era 1998 dulu mengerti apa erti derita
menentang Mahathir ketika itu. Sebab itu bila Anwar mengangkat sumpah di
hadapan Agong, saya tidak hairan ada yg menangis dan sayu bila melihat seorang
insan yg mereka perjuangkan sekian lama akhirnya dgn izin Allah menjadi PM.
Filem ini bukan filem untuk memenangi anugerah, bukan juga
filem seni dan tentu juga bukan filem mitos tetapi ia adalah sebuah filem
adaptasi dari kisah benar.
Lupakan beberapa dialog Indonesia dan pelakonnya kerana kita
mesti memahami ketika proses pembikinan filem ini, Anwar adalah ketua parti
pembangkang. Jadi sangat sukar untuk filem ini mendapat kerjasama dari pelbagai
pihak di negara sendiri.
Farid Kamil bukan pilihan pertama dan kedua kerana ramai pelakon
bimbang implikasi untuk menerima tawaran memegang watak Anwar. Namun saya sangat
memuji lakonan Acha Septriasa yang berjaya menjiwai watak Wan Azizah dengan sangat
berkesan.
Kata Anwar, “Saya sukar mengulas kerana ada episod yang telah kita
lupakan kerana sakit dan menyedihkan. Banyak beban tertanggung adalah Azizah,
anak-anak dan rakan," katanya.
Anwar tahu derita yang ditanggung bukan dirinya seorang yang teruk
dipukul sehingga pengsan tanpa mendapat rawatan tetapi bagaimana derita Wan
Azizah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan seterusnya ketua parti
kepada jutaan ahli.
Begitu juga Anwar tidak melupai derita kawan2 beliau. Derita
reformis-reformis yang turut dipukul dan dipenjarakan oleh ‘rejim Mahathir’ ketika itu.
Seperti kata Anwar derita yang patut dilupakan tetapi bila menonton kembali filem
ini, derita atau perjuangan lama itu kembali menghantui pemikiran.
Ada beberapa scene yang sangt- sangat menyentuh hati saya. Pertama ketika
Anwar terbaring di dalam lokap dengan lumuran darah di baju. Kedua ketika scene Wan
Azizah mendengar khabar Anwar mati di dalam penjara. Ketiga ketika Wan Azizah
seharian berdiri di pintu pagar Bukit Aman menanti berita suaminya di dalam lokap
ISA.
Scene terakhir ramai yang sayu tetapi saya rasa satu perasaan
semangat luar biasa. Anwar hanya mempunyai masa 10 saat untuk menunjukkan kepada dunia
dia dizalimi oleh Mahathir di dalam penjara dengan mengalihkan wajahnya dengan harapan
ada jurugambar dari jarak jauh dapat menangkap mata lebamnya.
Benar satu keping gambar mata lebam Anwar yang berjaya dirakamkan
oleh jurugambar luar negara telah membuatkan jutaan masyarakat simpati hingga
mencentus kebangkitan rakyat yang marah dan simpati.
Rakyat mula turun ke jalan raya dan saya sebahagian mereka yang
kini dikenali sebagai reformis turun ke jalan raya saban minggu tanpa jemu.
Filem ini wajib ditonton oleh semua warga Malaysia sebagai bahan
ilmiah kepada jenerasi anak-anak muda. Bagaimana begitu sukarnya untuk melakukan
reformasi dari sebuah negara yang korup yang hartanya berpuluh billion dirompak
oleh pemimpin-pemimpin tanpa rasa malu apatah lagi berdosa.
Orang-orang Melayu wajib menonton untuk mengetahui kisah disebalik
kebencian mereka kepada Anwar Ibrahim yang difitnah sehingga kini. Jika tiada rasa
kekesalan fitnah dilakukan sekurang kurang ada rasa simpati kepada beliau dan
keluarganya.
Perjuangan beliau bukan mudah tetapi penuh berliku dan memakan
masa perjalanan yang panjang. Bukan utk mengaut harta rakyat tetapi utk melawan
korupsi (rasuah) yang boleh menghancurkan negara dan bangsa Melayu sendiri.
Seperti saya kata ia bukan filem utk memenangi anugerah tetapi
sebuah filem yang penuh dengan mesej dan sejarah.
Setiap isi keluarga wajib bawa anak-anak menonton filem ini terutama
remaja agar mereka mengerti sebuah perjuangan realiti untuk memerangi rasuah…
kita dah penat layan filem Bukit Kepong. Musuh utama kita bukan lagi komunis
tetapi perasuah.