ANWAR CARI PASAL LAGI….
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi cabaran kepada seorang pemimpin politik Melayu supaya mendedahkan semua harta peribadi dan aset dimiliki keluarganya.
Tanpa menyebutkan nama pemimpin berkenaan, Anwar mengulangi cabaran itu ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di Majlis Bandaraya Seremban, dua hari lalu.
“Harta kamu berbilion, anak ada pesawat, ada kapal, ada bank di luar negara, jual itu semua, bawa balik dan berikan kepada orang Melayu di Malaysia ini, baru betul jadi Pejuang.
“Itu belum dijawab, saya minta mereka jawab, berapa bilion dia ada, mana dia dapat wang itu, pulangkan balik kepada orang Melayu di Malaysia,” katanya tanpa menyebut nama bekas Perdana Menteri itu.
Di sebalik Tun Mahathir Mohamad kini menggerakkan Proklamasi Melayu, Anwar menegaskan, kerajaan pimpinannya akan terus mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu di negara ini.
“Apa saya khianat untuk orang Melayu? Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu?
“Projek untuk Melayu kami pertahankan dan (projek) sedia ada Jana Wibawa, untuk orang Melayu, kami ambil tindakan sebab apa, ia projek orang Melayu tetapi diberikan kepada orang Cina. Projek Melayu tetapi mereka ‘sakau’ duit.
“Ada tokoh-tokoh Melayu, Tun, Tan Sri yang kaya raya heboh mahu jaga Melayu, mereka kata Anwar sudah tidak boleh harap, (Datuk Seri Ahmad) Zahid tidak boleh pakai, tidak boleh jaga Melayu.
“Saya mahu tanya mereka, apa yang kami serah? Enam bulan kami pegang jawatan, saya beri apa kepada bukan Melayu”, tegasnya Anwar lagi.
Sebelum ini, ketika berucap di Permatang Pauh, Anwar turut mengulangi kenyataannya berkenaan kekayaan yang dimiliki oleh Tun Mahathir, keluarga dan kroninya.
“Ketika mereka berkuasa sibuk memperkayakan sanak saudara. Bila sudah tidak mentadbir negara baru nak bersuara bantu dan selamatkan orang Melayu?
“Saya nak cakap pada pembesar, Tun dan Tan Sri yang kaya ini, kalau betul nak tolong Melayu, apa yang kamu ambil berpuluh bilion selama ini, bagi setengah daripadanya kepada orang Melayu esok.
“Saya harap perkara ini sampai, Tun Mahathir ke Tun Daim saya tak peduli. Berapa kekayaan? RM10 bilion, RM15 bilion?
“Betul nak tolong, nak jadi pejuang, nak selamatkan Melayu? Yang kamu sakau beri semula pada orang Melayu,” katanya dengan nada penuh semangat.
Di sebalik sudah pun disaman oleh Tun Mahathir kerana mendakwa bekas Perdana Menteri itu mengumpul kekayaan untuk diri sendiri, anak-anak dan kroninya ketika berkuasa dahulu, Anwar nampaknya tidak mengendur walau sedikit pun.
Selepas mendakwa Tun Mahathir mengumpul kekayaan untuk diri sendiri, anak-anak dan kroninya, kemudian meminta menyerahkan separuh daripada kekayaan itu jika benar mahu menolong orang Melayu, terbaru beliau mencabar pula bekas Perdana Menteri itu dan kroninya agar mendedahkan kekayaan yang dimilikinya.
Tidak takut dengan saman sedia ada, Anwar kini seolah-olah mahu disaman sekali lagi, mungkin oleh Tun Mahathir bersama segala kroni-kroninya pula.
Ini benar-benar cari pasal nampaknya…
Pokoknya, kalau Anwar tiada bukti dalam tangannya, beranikah beliau terus garang mengasak Tun Mahathir sedemikian rupa? – ShahbudinHusin 08/05/2023.
https://shahbudindotcom.net/
BETOI KA HANGPA PEMBOHONG KUAT
120kg bersamaan 120,000 gram. Kalau bahagikan sama rata untuk
10,000 tetamu, seorang dapat 12 gram beras. Kalau lepas dimasak, beras jadi
nasi, mungkin dapat sesuap sorang.
Patutlah licin. Sebab tak cukup rupanya. Kedekut la PAS ni.
Kalau nak buat rumah terbuka tu, pastikan cukup la. Kesian yang datang. Ikan
seluang dalam sungai lebih kenyang dari walaun.
Ini masalahnya bila nak menunjuk. Konon dengan kehadiran rumah
terbuka menampakkan sokongan kepada PAS. Terdesak nak lawan Rumah Terbuka
Madani. Sampai tak periksa fakta. Macam budak budak perangai. Guane boh?
.
Cerita 18,000 cucuk satay dan 15 ekor kambing golek untuk 50,000
orang serta 120kg beras untuk 10,000 orang tu, tak pastilah betul atau tidak.
Tapi yang pastinya, beribu orang Melayu kena tipu dek lakonan
lebai yang tunggang agama demi nak meraih undi. Yang ini tak boleh disangkal
lagi.
Guane boh?
LAH...TUA TUA PUN PIANG ...DOK LOKAP..NOHHH...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga emas
kerana disyaki memuat naik tiga hantaran di Facebook bersifat provokasi dan
berunsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, kelmarin.
INGAT ZAMAN DENGAR MUKTAMAR LAM KEBUN GETAH KOT
IBRAHIM MAT ISA
Nak mohong pun tak agak-agak dah surat khabar parti seluang makan taik nie.. Islam mai tang mana kalau
tulis berita pun temberang? Netizens tengok Kut sambutan macam mana...
Ingat ni zaman parti
seluang muktamar dalam kebun getah ke?
Dajal semata-mata
dajal!
DMY TU MENATANG APA. TAKKAN LAK ABAHCOW..KAH..KAH
Tayangan perdana malam tadi. Dengar khabar padat dengan penonton. Logo DMY tu menatang apa boleh cerita sikit? Ramai yang muncul saat akhir dapat jemputan. Hebat.Tapi boleh saja tunggu dalam TV . Tak lama masuk panggung astro . Semua boleh tengok.
INILAH KERUSI SAYA DAHULUNYA.
Terpisah dan dipisahkan daripada UMNO dek kerakusan ingin kekal berkuasa, setelah 25 tahun berlalu, Anwar Ibrahim akhirnya berjaya kembali dengan sempurna ke tempat di mana beliau pernah dipecat sebelum ini….
Menonton filem Anwar: The Untold Story buat kali pertama bersama Azizah, keluarga dan teman-teman semalam.
ANWAR IBRAHIM
Menonton filem Anwar: The Untold Story buat kali pertama bersama
Azizah, keluarga dan teman-teman semalam.
Sejujurnya, saya tersentuh dengan filem ini yang mengangkat
kisah perjuangan politik saya.
Filem ini juga mengingatkan saya tentang perit dan beban yang
ditanggung Azizah, anak-anak dan teman.
Walau keseluruhan dialog dan penceritaan tidak sama secara
total, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan adalah kejadian
sebenar.
Salut saya buat pasukan produksi yang pintar dan hebat kerana
mampu meringkaskan penceritaan selama puluhan tahun kepada filem berdurasi
kira-kira 90 minit.
KAH..KAH..KAH....
Muaaaaahahahahahahahaha.... Owhhhh selama ni setiap posting yang korang keluar kan siap dengan dalil dari Al-Quran dan Hadis tu FITNAH? Ish ish ishhhh... Belalang... Belalang.
Langkah BNM naikkan OPR lindungi pertumbuhan ekonomi
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah terkawal demi
memastikan aliran wang ke dalam ekonomi Malaysia adalah pada tahap yang
optimum, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Timbalan Presiden KEADILAN itu menegaskan langkah Bank Negara
Malaysia (BNM) menaikkan OPR kepada 3.00 peratus berbanding 2.75 peratus
sebelumnya adalah berdasarkan tanggungjawab untuk pertumbuhan ekonomi jangka
masa panjang dan tidak ada sebarang campur tangan politik.
Mengenai keputusan itu, kerajaan katanya harus menghormati budi
bicara bank pusat itu untuk menentukan polisi kewangan yang terbaik dengan
situasi ekonomi negara.
"Saya pernah sebut sebelum ini, kalau orang politik mempunyai
kebebasan penuh untuk menentukan OPR, maka senanglah (kerajaan) nak pinjam
duit.
"Sebab itu BNM diberi tanggungjawab melihat kesan-kesan ini
dan melaksanakan tindakan yang perlu.
"Cuma kita juga berhati-hati untuk menghormati (budi bicara)
dan perlu ada timbang tara dari segi penetapan kadar OPR atau kesan sebenarnya
untuk mengawal aliran wang ke dalam ekonomi," kata Rafizi pada Majlis
Sambutan Aidilfitri Kementerian Ekonomi di Putrajaya.
Mengulas lanjut mengenai keputusan BNM itu beliau menjelaskan, ia
adalah tindakan awal sebagai persediaan untuk berdepan dengan kemungkinan Rizab
Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.
"Kerana ia bukan soal inflasi semata-mata, ia juga soal
kemasukan wang ke negara ini. Jurang kadar OPR kita dengan Amerika Syarikat dan
negera serantau masih besar iaitu antara 2 peratus.
"Jadi kalau Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah mereka
dalam masa terdekat, jika tidak ditangani dengan baik, itu akan menyebabkan
dana atau portfolio pelaburan keluar dari Malaysia ke negara-negara lain,"
tambahnya.
Rafizi turut mengingatkan bahawa ekonomi global ketika ini sudah
beralih kepada situasi seperti sebelum pandemik, sekiranya OPR tidak dinaikkan,
ia berisiko menyebabkan pelaburan tidak masuk ke Malaysia.
Situasi itu jelasnya akan menyebabkan mata wang negara terus
melemah yang natijah dari keadaaan itu boleh melonjakkan harga barangan
keperluan rakyat.
Banyak projek di Kedah perlahan, terjejas di bawah Pas
Beberapa projek pembangunan di negeri Kedah tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan pembangunan projek perlahan dan terjejas, dakwa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Datuk Zamri Yusuf (gambar, bertopi merah) yang
dipetik berkata, perkara itu berlaku ekoran beberapa isu yang tidak diberi
perhatian dengan betul oleh Kerajaan Negeri.
Ekoran masalah projek sedia ada, beliau melahirkan kebimbangan
bahawa negeri itu akan sukar mendapat projek-projek pembangunan baharu dari
Persekutuan.
"Ada projek yang terjejas kerana masalah pengambilan tanah
serta terkait beberapa isu dengan masyarakat setempat. Untuk menyelesaikan isu
tersebut, kerajaan negeri perlu beri perhatian penuh.
"Sebagai contoh dalam isu pengambilan tanah, kerja yang perlu
dilakukan bukan setakat wartakan saja sebaliknya selepas itu perlu ada tindakan
susulan termasuk persetujuan ramai terhadap kerja yang hendak
dilaksanakan," katanya dipetik Utusan.
Beliau memberi contoh beberapa projek yang bermasalah termasuk
pembinaan lima loji rawatan air (LRA) yang ada antaranya baru mencapai tahap 10
peratus dalam tempoh tiga tahun.
Selain itu rancangan tebatan banjir juga statusnya tidak
berkembang sejak Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan isu lencongan di Gunung
Keriang serta Kuala Sungai pada 2019 dan 2020 ketika menjadi Kerajaan Negeri
sebelum ini.
"Jadi apabila Menteri Besar tidak teruja dengan pengumuman
RM1.6 bilion baru-baru ini kerana mendakwa ia hanya projek sudah diumum dan
diusahakan kerajaan terdahulu, maka itu sebenarnya menjadi bukti Kedah sukar
mendapat projek baharu kerana projek-projek sebelum ini pun banyak terjejas dan
berjalan terlalu perlahan," katanya
Beliau sebelumnya ditemui pemberita pada sidang akhbar projek
menggantikan Jambatan Manjalara di Jalan Putra di Alor Setar semalam.
Penggantian Jambatan Manjalara oleh Kerajaan Persekutuan itu
jelasnya dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025 bakal memberi manfaat besar
tidak hanya kepada lalu lintas di situ malah aspek pelancongan di Alor Setar.
"Jambatan baharu ini akan berada di kedudukan lebih tinggi
berbanding paras sungai, sekali gus membolehkan aspek pelancongan menelusuri
Sungai Kedah boleh dilaksanakan dengan lebih lancar ke lokasi lebih jauh
menggunakan bot.
"Selain itu, jambatan ini juga secara keseluruhannya akan
memiliki empat lorong berbanding cuma tiga sebelum ini. Keadaan itu akan
membantu mengurangkan kesesakan terutamanya di waktu puncak," katanya.
14 MEI INI LENGKAPLAH JEJAK KASIH ANWAR DENGAN UMNO
Selepas dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dihalau
daripada parti itu pada 1998, tarikh 7 Februari lalu adalah detik bersejarah
bagi Anwar Ibrahim kerana buat pertama kali dapat menjejakkan kakinya semula ke
Bangunan UMNO di Menara Dato’ Onn, WTCKL.
Beliau hadir ketika itu untuk mempengerusikan mesyuarat sulung
Seketariat Kerajaan Perpaduan yang melibatkan wakil parti-parti yang berada
dalam kerajaan perpaduan.
Siapa sangka ketika Tun Mahathir Mohamad memecat beliau 25 tahun
lalu dengan tujuan untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri, tetapi
akhirnya, selain dapat menjejakkan kaki semula ke Bangunan UMNO yang penuh
kenangan itu, lebih manis lagi kerana kembalinya Anwar kali ini selepas suku
abad berlalu ialah bersama jawatan Perdana Menteri yang pernah cuba dijauhkan
daripadanya.
Dua hari lalu iaitu 7 Mei, satu lagi sejarah indah datang
menerkam dalam kehidupan Anwar.
Kali ini beliau bukan saja datang lagi ke Bangunan UMNO, malah
mempengerusikan mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan di Tingkat 39, Menara
Dato’ Onn iaitu tempat di mana beliau dipecat pada 1998 dahulu.
Anwar sempat mengimbas memori pahit masa lalu itu dengan
memegang kerusi tempat di mana bellau pernah duduk sebelum dipecat dan dihalau
daripada UMNO oleh Tun Mahathir.
Terpaling manis sekali, bersama kedatangannya kali ini sebagai
Perdana Menteri dan Pengerusi Seketariat Kerajaan Perpaduan, beliau akhirnya
dapat duduk di kerusi orang yang memecatnya yang ketika itu adalah Presiden
UMNO.
Selain Anwar berjaya kembali ke Bangunan UMNO selepas 25 tahun
berlalu, dapat melihat kembali kerusi yang pernah didudukinya sebelum dipecat
dan duduk di kerusi orang yang memecatnya, orang yang memecatnya itu pula kini
sudah tersisih jauh daripada UMNO.
Begitulah hebatnya kuasa Tuhan menguji kesabaran dan ketahanan
jiwa seseorang yang kental dalam perjuangan serta dalam masa yang sama seperti
memberi hukuman kepada pihak yang merasakan terlalu megah dengan kuasa yang ada
dalam tangan.
Semua ini adalah pengajaran kepada kita semua bahawa dalam
kehidupan di dunia ini, janganlah terlalu megah dan gah dengan kuasa yang hadir
bersama jawatan kerana kuasa Tuhan sebenarnya lebih agung dan tak terjangkau oleh
manusia untuk memikirkannya.
Dalam kes Anwar ini, bukan saja beliau sendiri barangkali tidak
menjangka dapat kembali ke Bangunan UMNO, Tun Mahathir yang memecatnya dan
kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak menjangka sedemikian takdir Tuhan
ditentukan untuk kita semua menyaksikannya.
Melalui dua tarikh itu – 7 Februari dan 7 Mei – Anwar dan UMNO
seperti dipertemukan dalam episod jejak kasih layaknya.
Begitu pun, pada 14 Mei akan datang ini apabila berlangsung
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, WTCKL, sekali lagi
sejarah indah akan tercipta buat Anwar.
Anwar dipecat pada 1998 dan kali terakhir beliau menjejakkan
berada di Dewan Merdeka tentunya ialah ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung
UMNO 1997.
Lebih sedikit daripada 25 tahun berlalu, kembalinya beliau ke
Dewan Merdeka pada 14 Mei nanti adalah sebagai Perdana Menteri merangkap
Pengerusi Seketariat Kerajaan Perpaduan yang dengan sendirinya melayakkannya
sekali lagi duduk di kerusi Tun Mahathir pernah duduk sebelum ini.
Kalau Tun Mahathir sebelum ini duduk di kerusi itu sebagai
Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Anwar pula duduk di kerusi
yang sama di Dewan Merdeka sebagai Presiden PKR, Pengerusi PH, Pengerusi
Seketariat Kerajaan Perpaduan serta Perdana Menteri.
Dipecat, dihalau dan diketepikan daripada UMNO, tetapi akhirnya
Anwar berjaya kembali ke tempat di mana beliau dipecat dahulu bersama jawatan
idaman yang dengan gigih pernah cuba dipisahkan daripadanya.
Dengan itu, selepas itu 14 Mei nanti, boleh dikira lengkap atau
sempurnalah jejak kasih antara Anwar dengan UMNO yang terpisah selama 25 tahun
lamanya.
Seorang pemimpin UMNO ketika saya berbual-bual dengannya sambil
menceritakan renteran ini lantas berkata, jejak kasih Anwar dengan UMNO
sebenarnya masih belum sempurna lagi.
Kata beliau, ia hanya sempurna jika setelah Anwar kembali semula
kepada UMNO atau dapat membawa PKR yang dipimpinnya bergabung dengan UMNO
menjadi sebuah parti yang lebih besar untuk rakyat Malaysia.
Mungkinkah ia akan menjadi kenyataan? – ShahbudinHusin
09/05/2023.