Najib Bakar
Dia gini Nurul Mohamed Yusoff, hang sepatutnya sebagai kawan, kena bagitau member tu kenderaan komersil boleh dapat diesel harga subsidi.
Tapi hang macam biasa la, sebagai politikus low class yang cuma nak hentam musuh, tak bagi pun solusi untuk kawan hang tu.
Rindu sangat nak masuk GLC balik la tu. 🤭
Patutnya habaq kat member hang tu, kena apply fleet card di bawah KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/perdagangan/perniagaan/pengurusan-industri-petroleum-dan-gas/diesel-bersubsidi-fleet-card
Dia boleh dapat diesel harga subsidi.
Di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0;
"penyasaran subsidi juga diperluaskan kepada
23 jenis kenderaan diesel termasuk kenderaan yang mengangkut hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jenis kenderaan ini diberikan Fleet Card untuk mendapat diesel yang bersubsidi."
Yang mengenai Budi Madani RM200 sebulan tu cuma untuk orang persendirian, bukan untuk kenderaan perdagangan.
Kenderaan perdagangan yang belum daftar fleet card, simpan resit isi minyak harga pasaran untuk buat tuntutan kembali nanti.
Kesimpulannya, inilah realitinya sekarang.
Kalau puak hampa jadi kerajaan pun, maklumat yang sama juga akan diberi oleh penjawat awam.
Muhyiddin pun pernah sebut, Ismail Sabri pun pernah sebut. Najib, Mahathir, semua pernah sebut.
Kalau tak buat subsidi bersasar, kantung kewangan negara akan ada masalah.
Kerajaan Madani dah hint lama dah mengenai subsidi bersasar ni.
Lepas ni menjadi tugas penguatkuasa KPDN untuk pantau harga barang yang sepatutnya tak naik lah, sebab kenderaan perdagangan ada fleet card untuk dapat harga subsidi.