Zahid hamidi kata, kegagalan kjaan PH selepas PRU14 memaksa Umno campurtangan (rampas mandat rakyat).
Ok, lepas kamu campurtangan, berjayakah kerajaan PN yg kamu sokong itu? Ternyata gagal. Bukan kami saja kata gagal, bahkan kamu dan Najib juga kata kjaan PN itu gagal. Ertinya apa? Ertinya, kebodohan kamu telah membantu kerajaan gagal yg telah memusnahkan negara ini. Umno terlibat dlm kerajaan gagal, itu faktanya.
Kemudian, kamu jatuhkan kerajaan gagal PN kerana kononnya kamu mahu jadi kerajaan yg lebih baik. Kamu angkat Naib Presiden Umno Ismail Sabri jadi PM ganti Mahiadin. Apa yg terjadi?
Ismail Sabri jadi PM dengan hanya ada kekuatan majoriti 3-4 orang saja MP yg sokong dia. Mahu tidak mahu, dia kena lantik jemaah menteri dari kalangan "orang-orang gagal" untuk dia jadi berjaya. Lojikkah? Sekali lagi Umno buat kerja bodoh dan perjudikan nasib rakyat.
Umpama meletakkan orang yg ada virus Covid19 ke dalam satu rumah untuk mengelakkan seisi keluarga dalam rumah tersebut terkena covid19. Kalau tidak bodoh, kita mahu sebut apa?
Rakyat boleh menimbang dengan akal fikiran, jika pun ada kelemahan sedikit sebanyak di bawah kjaan PH, maklumlah baru bentuk kerajaan 22 bulan, namun ianya jauh lebih baik berbanding di bawah kerajaan gagal PN dulu dan PN 2.0 sekarang. Di bawah kerajaan PH, ekonomi masih rancak berjalan, sistem pendidikan tidak tergugat, pengangguran tidak bertambah, pelaburan masih kekal dan tiada pelabur yang lari, keselamatan negara terkawal, rakyat boleh ke sana sini dan bertemu keluarga, harga barang dikawal dengan baik, wabak Covid19 dikawal dengan baik tanpa sebarang kes kematian dan banyak lagi yg tidak menyusahkan rakyat seperti sekarang.
Zahid agaknya berfikiran bahawa kerajaan yang baik itu adalah kerajaan yang boleh selesaikan masalah beliau dan pemimpin2 umno dalam kes mereka di mahkamah, bukannya menyelesaikan masalah rakyat. Jika itu penilaiannya, memang kerajaan PH tidak mampu berbuat demikian.
WFAUZDIN NS