HAMDN TAHA
Menjelang PRU ke 15 saya merasakan buat pertama kali rakyat mula
sangat meluat melihat tokoh tokoh atau pemimpin politik dari semua parti
Semua ini berlaku kerana peralihan kuasa dari BN ke PH apabila
rakyat melihat kelakuan ahli politik melompat dari BN ke PH,masa itu rakyat
masih rasa hooo ok agaknya dah tak ada kuasa kena tukar kiblat....sekadar macam
itu saja dalam pemikiran mejoriti rakyat...
Tapi selepas pertukaran PH ke PN dan setiap hari ada saja
pemimpin politik melompat dan ada yang terlompat lompat banyak kali dalam satu
masa,rakyat dah mula meluat....
Lebih meluat lagi apabila hujah hujah pemimpin politik sudah
sangat memualkan tak kira dari parti mana pun....sangat memalukan melihat orang
yang dulu di hormati rupa rupanya sampah masyarakat dan penjual diri dan agama...
Bayangkan dr m dari seorang yang di anggap hebat
kepada sekarang di maki seranh semula. Begitu juga parti
Pas...boleh ke terbayang ustaz ustaz dalam pas yang pegang jawatan di lihat
oleh rakyat sebagai orang yang merapu dan sudah tidak di hormati...
Sekarang ni selepas kita merdeka ini kali orang politik di hina
dan di cerca bukan saja begitu tapi orang politik ada lah orang yang paling
tidak di percayai rakyat....
Shahidan di lantik jadi pengerusi prima....jika sebelum ni
apabila ada lantikan ahli politik sebagai pengerusi mana mana GLC tak ada siapa
pun mempertikai dan mencemuh mereka. Tapi hari ni mereka di jadikan bahan lawak
dan lukisan karton sahaja oleh rakyat...
Kali ini kita tengok pru 15 apa akan jadi....calun bebas pun
barangkali ada yang dapat undi banyak atau menang jika betul keadaannya...