Feb 2017, Perhimpunan RUU 355 di Padang Merbuk.
Perhimpunan yang dianjurkan PAS, disertai Pemimpin Tertinggi
UMNO, termasuk Menteri Agama dari UMNO. Turut serta, Mufti Wilayah Persekutuan
yg sangat disenangi dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat Melayu-Islam
kerana keilmuan dan zuhudnya.
Kehadiran ‘nama-nama penting’ ini terutama Menteri Agama &
Mufti Wilayah, bagi mengukuhkan betapa Perhimpunan RUU355 Padang Merbuk ini
sangat penting, seolah2 akan mencapai matlamatnya dlm masa terdekat.
Febuary 2017 – Mei 2018, satu jangkamasa 15 bulan antara
Perhimpunan Padang Merbuk dengan PRU14.
Tempoh 15 bulan ini, Parlimen telah bersidang 4 kali. Jika
dianalogikan perlawanan bolasepak, 4 kali mereka diberi SEPAKAN PENALTI.
Kesemua sepakan penalti tiada yg menerjah jaring!
Kerana Perhimpunan Ruu355 Padang Merbuk itu diyakini akan
mencapai matlamatnya dlm masa terdekat (Sidang Parlimen), maka mereka lantas
memberi amaran “Mati, kami tanam Jirat Cina” jika tak sokong.
INI ISU UTAMA. Imbas dan kenangkan kembali, bagaimana ‘PANASNYA’
RUU355 diwar-warkan! Kuliah2 Maghrib-Isyak di Masjid2 begitu ‘panas’ mengecam
sesiapa yg tidak sokong atau kritik RUU355.
Bahkan Mimbar2 Khutbah Jumaat juga tidak kurang panasnya! Ayat2
al-quran mengenai MUNAFIK dan mengambil kafir sebagai teman dibaca, dikupas,
secara literal terjemahannya, seolah2 ahli2 parti dan penyokong bukan dari
Bulan-Keris itu adalah golongan yg dimaksudkan dlm ayat2 tersebut! Ayat2 ini
perihal MUNAFIK AKIDAH.
UMNO, kerana rasa terancam dan tergugat untuk PRU14, redha dgn
tindakan itu. PA$ terus galak menghukum sesiapa sahaja yg tidak sokong!
Pendekkata pada masa itu, terutama Ahli2 AMANAH terasa amat
terpukul dan terkesan dgn ‘gelombang panas’ dari parti hijau bulan ini –
“MUNAFIK BERSAMA MUSUH ISLAM”
KINI, Penganjur Perhimpunan Padang Merbuk itu sudah jadi
Kerajaan Persekutuan.
Mufti Wilayah orang Ganu yg hadir Perhimpunan itu sudah diangkat
menjadi Menteri Agama. Wakil Parti Penganjur Padang Merbuk itu telah diangkat
menjadi Menteri Undang2 dan Parlimen. Bahkan UMNO yg turut hadir dan sokong
perhimpunan ada 9 Menteri dlm Kerajaan sekarang!
Pendekkata, 2 jawatan Menteri ini tiada halangan langsung untuk
mereka bentang RUU355 di Parlimen. Lupakan Menteri Sawit & Mewa, kerana
bidang nya setakat jaga Sawit, Getah dan Sungai!
Sekarang, mereka bercakap RUU355 bukan keutamaan. Ahli2 Parti yg
bertanya, mereka tegur , “Itu bisikan Syaitan”.
Isunya, apabila orang lain tak buat Ruu355, kamu pantas melabel
MUNAFIK MUSUH ISLAM!
Bila kamu diberi kuasa untuk buat, kamu sudah lupa apa yg kamu
label kpd orang sebelum ini.
Sudah2 lah berpolitik melabel orang lain sebagai Musuh Agama!
Sumber: https://www.facebook.com/100005924764138/posts/1556713797869431/?d=n