ROAD TO RUU355- AKHIRNYA KANTOI DI PERMULAAN JALAN.

 




Feb 2017, Perhimpunan RUU 355 di Padang Merbuk.

Perhimpunan yang dianjurkan PAS, disertai Pemimpin Tertinggi UMNO, termasuk Menteri Agama dari UMNO. Turut serta, Mufti Wilayah Persekutuan yg sangat disenangi dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat Melayu-Islam kerana keilmuan dan zuhudnya.

Kehadiran ‘nama-nama penting’ ini terutama Menteri Agama & Mufti Wilayah, bagi mengukuhkan betapa Perhimpunan RUU355 Padang Merbuk ini sangat penting, seolah2 akan mencapai matlamatnya dlm masa terdekat.

Febuary 2017 – Mei 2018, satu jangkamasa 15 bulan antara Perhimpunan Padang Merbuk dengan PRU14.

Tempoh 15 bulan ini, Parlimen telah bersidang 4 kali. Jika dianalogikan perlawanan bolasepak, 4 kali mereka diberi SEPAKAN PENALTI. Kesemua sepakan penalti tiada yg menerjah jaring!

Kerana Perhimpunan Ruu355 Padang Merbuk itu diyakini akan mencapai matlamatnya dlm masa terdekat (Sidang Parlimen), maka mereka lantas memberi amaran “Mati, kami tanam Jirat Cina” jika tak sokong.

INI ISU UTAMA. Imbas dan kenangkan kembali, bagaimana ‘PANASNYA’ RUU355 diwar-warkan! Kuliah2 Maghrib-Isyak di Masjid2 begitu ‘panas’ mengecam sesiapa yg tidak sokong atau kritik RUU355.

Bahkan Mimbar2 Khutbah Jumaat juga tidak kurang panasnya! Ayat2 al-quran mengenai MUNAFIK dan mengambil kafir sebagai teman dibaca, dikupas, secara literal terjemahannya, seolah2 ahli2 parti dan penyokong bukan dari Bulan-Keris itu adalah golongan yg dimaksudkan dlm ayat2 tersebut! Ayat2 ini perihal MUNAFIK AKIDAH.

UMNO, kerana rasa terancam dan tergugat untuk PRU14, redha dgn tindakan itu. PA$ terus galak menghukum sesiapa sahaja yg tidak sokong!

Pendekkata pada masa itu, terutama Ahli2 AMANAH terasa amat terpukul dan terkesan dgn ‘gelombang panas’ dari parti hijau bulan ini – “MUNAFIK BERSAMA MUSUH ISLAM”

KINI, Penganjur Perhimpunan Padang Merbuk itu sudah jadi Kerajaan Persekutuan.

Mufti Wilayah orang Ganu yg hadir Perhimpunan itu sudah diangkat menjadi Menteri Agama. Wakil Parti Penganjur Padang Merbuk itu telah diangkat menjadi Menteri Undang2 dan Parlimen. Bahkan UMNO yg turut hadir dan sokong perhimpunan ada 9 Menteri dlm Kerajaan sekarang!

Pendekkata, 2 jawatan Menteri ini tiada halangan langsung untuk mereka bentang RUU355 di Parlimen. Lupakan Menteri Sawit & Mewa, kerana bidang nya setakat jaga Sawit, Getah dan Sungai!

Sekarang, mereka bercakap RUU355 bukan keutamaan. Ahli2 Parti yg bertanya, mereka tegur , “Itu bisikan Syaitan”.

Isunya, apabila orang lain tak buat Ruu355, kamu pantas melabel MUNAFIK MUSUH ISLAM!

Bila kamu diberi kuasa untuk buat, kamu sudah lupa apa yg kamu label kpd orang sebelum ini.

Sudah2 lah berpolitik melabel orang lain sebagai Musuh Agama!

Sumber: https://www.facebook.com/100005924764138/posts/1556713797869431/?d=n