ANWAR ULANGI SEJARAH TUN RAZAK


 Menitik Malam

ANWAR ULANGI SEJARAH TUN RAZAK

MSO


Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di sempadan dua negara 3 Ogos ini. Mereka akan bertemu di Rantau Panjang dan Golok.


Pertemuan dua pemimpin berjiran ini bagi membincang masalah keselamatan sempadan dan juga mencari idea bagi merangsangan pertumhuhan ekonomi di kedua negara.


Lawatan dan pertemuan itu sungguh bermakna kerana ia akan jadi satu lagi lembaran sejarah antara kedua buah negara. Peristiwa itu nanti adalah kesenimbungan kepada peristiwa 51 tahun lalu dimana Tun Abdul Razak ketika jadi PM Malaysia berjumpa dengan Perdana Menteri Thailand Tun Thanom Kittiiachon di atas jambatan Muhibbah menghubungkan Rantau Panjang - Golok bagi melakukan upacara perasmian jambatan berkenaan tanggal 21 May 1973.


Saat itu saya sebahagian murid sekolah Rantau Panjang yang ikut menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Mengenang detik itu terasa ingin pulang ke kampung 3 Ogos ini untuk menyaksikan detik bersejarah pertemuan Anwar dengan Sretta. 


Selepas Tun Razak, Anwarlah Perdana Menteri terus menyemarakkan semangat kejiranan dan kerjasama di anatara Malaysia - Thailand. Perdana Menteri sebelum ini rasanya tidak terfikir berbuat demikian. Trims.