AGAK AGAK CALON NEGGIRI NI KELUAR ISLAM ATAU MACAMANA?


Ridwan Abu Bakar




 2015, ketika kami keluar dari PAS, kami dianggap meninggalkan jamaah Islam, lalu dibaca hadith "sesiapa yang keluar dari jamaah Islam walaupun sejengkal, maka tertanggal lah Islam dari tenggoknya", lalu dihukum lah dengan pelbagai hukum.


Bila kami isytiharkan Parti Amanah Negara adalah parti yang berteraskan Islam, Pas pun kata "tak boleh ada jamaah Islam yang kedua", dibacakan hadith "apabila dibaiah khalifah yang kedua, maka perangilah yang berbaiah itu". Hanya PAS jamaah Islam.


Semalam, PN mengisytiharkan calonnya di Neggiri yang merupakan 'ahli' Pas yang meninggalkan Jamaah Islam itu 😀, dan diterima oleh Bersatu (apakah jamaah Islam juga bersatu dan kalau jamaah Islam juga, apakah boleh ada jamaah Islam yang kedua), bahkan calon itu bersumpah laknat ke atas diri sekiranya dia meninggalkan pula Bersatu ! 


Ironisnya, yang mengisytiharkan nama calon itu adalah orang yang sama membaca dan mengulas hadith tentang jamaah ikut kehendak nafsu 10 tahun yang lalu.


Ibrahnya! 


Demikianlah PAS, sebuah parti yang masuk dalam kategori LAIN-LAIN , bergerak tanpa panduan yang tetap.... Yang ada hanyalah KEPENTINGAN semata². 


Hukum keluar PAS haram, apa pula hukum tandatangan MELULUSKAN orang keluar PAS 😄😀. 


Namun, itulah Pas ! Kategorinya adalah LAIN² tak tertakluk kepada hukum dan undang-undang.



No comments: