RAKYAT AKAN TOLAK PARTI YANG AKAN BERGABUNG DENGAN PAS DI PRN SABAH!


Abdul Hadi berkata untuk membolehkan PAS mentadbir negara, parti itu perlu terlebih dahulu menang di negeri bawah bayu itu. "PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah. Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi. "Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing," katanya dalam kenyataan di Facabook malam tadi. Abdul Hadi berkata dia melihat PAS mempunyai masa depan di Sabah memandangkan ramai yang hadir pada Konvesyen PAS di Kota Kinabalu semalam terdiri daripada kalangan anak muda. ==================================================================================== Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini kekal berpanjangan. Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat. “Sebelum bergerak pulang, saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) mengambil peluang untuk ketemu peserta perarakan dan rakyat yang bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya. “Saya amat berbangga kerana dapat berkongsi semangat patriotik, perpaduan dan kecintaan pada tanah air ini bersama-sama kalian di hari penuh bersejarah dan bermakna ini,” kata beliau menerusi catatan di laman Facebook hari ini. Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang dihadiri lebih 100,000 pengunjung itu disemarakkan dengan perbarisan dan perarakan oleh 17,262 peserta, 57 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 343 aset darat, 37 udara serta 112 haiwan dalam perkhidmatan.



No comments: