NI NAK KATA ZALIM KA GUANE NI ?

 




Selepas 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berjaya dalam tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kerajaan Kelantan kini mengesahkan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.


Mahkamah sebelum ini memerintahkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas membayar ganti rugi RM17.46 juta kepada peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender menebang pokok getah milik mereka yang diputuskan tidak sah.


Kes itu bukan baru bermula semalam.


Peserta berkenaan sudah bertahun-tahun memperjuangkan hak mereka, malah sejak 2019 lagi mereka membantah tindakan kerajaan negeri berkaitan kebun getah yang menjadi sumber pendapatan mereka.


Selepas melalui proses mahkamah, keputusan akhirnya memihak kepada 348 peserta tersebut.


Namun Kerajaan PAS Kelantan belum mahu berhenti di situ.


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mengesahkan kerajaan negeri akan mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan.


Malah beliau berkata kerajaan negeri berpandangan kes tersebut “tidak sepatutnya kalah” dan satu jawatankuasa khas kini ditubuhkan untuk meneliti kelemahan representasi kerajaan negeri semasa perbicaraan terdahulu.


Maksudnya, selepas peneroka menunggu bertahun-tahun dan akhirnya menang di Mahkamah Tinggi, pertarungan mereka masih belum selesai.


Kerajaan negeri mahu membawa kes itu ke satu lagi peringkat mahkamah.


Dari sudut undang-undang, kerajaan memang mempunyai hak untuk merayu.


Tetapi dari sudut peneroka, mereka yang sudah memperjuangkan tuntutan sejak sekian lama kini perlu sekali lagi menunggu keputusan mahkamah lebih tinggi.


Peneroka sudah menang satu pusingan.


Kerajaan PAS Kelantan pula memilih untuk lawan semula.





No comments: