SOALAN YB DR HAFIZAH MUDAH, JAWAPAN DAH MASUK SEMAK


Bob Kelanang







Cara Exco Kelantan menjawab soalan Dr Hafidzah mengenai projek litar motocross nampaknya lebih menarik perhatian netizen di Thread lebih daripada projek itu sendiri.

Ruangan komen penuh dengan persoalan tentang tahap persediaan dan keupayaan kerajaan negeri menjelaskan projek yang pernah diumumkan.  

Ada yang menyindir, “Makan gaji buta?”, malah jawapan Exco turut digelar “package pekak + bisu”. Seorang netizen pula mempersoalkan, kalau PAS mendakwa mempunyai ramai profesional dan jurutera, kenapa status projek seperti ini pun kelihatan sukar dijelaskan dengan terang. 

Ada juga yang mengingatkan bahawa isu ini bukan sekadar bahan lawak. Ia melibatkan amanah kepada rakyat dan janji kerajaan yang perlu dipertanggungjawabkan. Sindiran paling pedas datang apabila netizen mula membandingkan elaun Exco dengan kualiti jawapan yang diberikan; “Gaji 25K–30K itu ja jawapan?” 

Yang lain pula merumuskan lebih ringkas; “bahagian tabur janji laju, buat tak pernah.” Malah ada yang mula bertanya lebih besar — kalau soalan mengenai satu projek pun sukar mendapat jawapan yang jelas, bagaimana rakyat mahu menilai fungsi sebenar pentadbiran dan Dewan Undangan Negeri? 

Nampaknya rakyat bukan minta jawapan panjang. Mereka cuma nak tahu satu benda; litar motocross itu sebenarnya dah sampai mana?





No comments: