ALAH..KERAJAAN NEGERI TAKAT 17 JUTA BUKAN BANYAK PUN..SEMASA ISLE MELAYU KAN.

 


Che Ibrahim


SESIAPA YANG MENGHIDUPKAN TANAH MATI, MAKA DIA BERHAK KE ATASNYA. 





Ambo tak mahu campur urusan mahkamah dan hak Kerajaan Kelantan untuk merayu. 


Cuma ambo nak sebut di segi hukum feqah bab "Ihya Al Mawat"... Atgna selalu dok ulang ulang kaedah ini:


من أحياء الموات @ ارض ميتة فهى له


(Sesiapa yang membangunkan tanah kosong, maka dia berhak ke atasnya)


Mengikut Islam sesiapa yang menghidupkan dengan bercucuk tanam ke atas tanah tanah yang belum diteroka, maka dia berhak ke atasnya, cuma ada qaul yang mensyaratkan mesti dengan izin Kerajaan. 


Dalam kes peneroka Felcra Bukit Tandak;


I) mereka telah dipilih sebagai peserta Felcra oleh kerajaan

II) Mereka telah menanam getah atas tanah yang diberikan kepada mereka oleh Felcra. 

III) Mereka telah menduduki dan mengusahakan tanah tersebut dengan izin Felcra/Kerajaan. 


Pertikaian hanya mula timbul apabila Felcra telah menyerah balik sebahagian tanah tanah yang dimajukan oleh Felcra kepada Kerajaan Negeri tanpa mengambilkira kedudukan dan hak peneroka ke atas tanah tersebut. 


Ambo tak pasti adakah dasar tanah Kerajaan Pas Kelantan dibuat berdasarkan syariah Islam atau ikut gapa??





No comments: