BAJET KEMENTERIAN PERTAHANAN ADALAH UNTUK KEDIAMAN YANG PERLU DIBAIKPULIH. PM LAIN TAK DAK OEDULI LA BAB TEMPAT TINGGAAL. ASKAR BAGI RUMAH ELOK ELOK BUAT ANAK JA..

 

MMR


Malas nak cakap banyak ok, Hari ini Kerajaan kita telah mengumumkan bajet belanjawan sebanyak RM459.8 Bilion untuk tahun 2027 dan dalam RM459.8 bilion itu , sebanyak RM44 bilion telah diperuntukkan untuk keselamatan Negara bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri 





Sebanyak RM22.108bilion diperuntukkan untuk Kementerian Pertahanan kita telah meningkat kira-kira RM359 juta berbanding dengan tahun 2026 RM21.746Bilion , selain itu sebanyak RM7.58 bilion dikhususkan secara bersama untuk  pembelian aset (RM3.47bilion) serta penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia  (RM4.11bilion) 


Pada tahun ini juga Kementerian Pertahanan telah melaksanakan Kajin Separuh Penggal kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) untuk menilai pencapaian dan menetapkan hala tuju baharu dasar pertahanan negara 2026 sehingga 2030 dalam RMK-13 ini , di dalam Kajin Separuh Penggal kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) pihak Kementerian Pertahanan telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan bajet pertahanan kepada RM25.8Bilion untuk tahun 2027 , Walaupun bagaimanapun jangkaan Kementerian Pertahanan tidak dipenuhi oleh kerajaan , bajet pertahanan tahun 2027 dikurangkan RM3.62Bilion daripada apa yang dijangkakan ( mulut cakap kita perlu memperkukuhkan keupayaan pertahanan negara bagi memastikan keselamatan negara dengan lebih baik tetapi bajet macam tu dia bagi )


Untuk Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM22Bilion diperuntukkan , bajet telah ditambah RM800 juta berbanding tahun 2026 hanya RM21.2Bilion



ZAHID GUMBIRA



 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti kesungguhan Kerajaan Perpaduan meningkatkan taraf hidup rakyat dan membuka lebih banyak peluang ekonomi.




Menurut Zahid, belanjawan kali ini memberi perhatian kepada isu yang dekat dengan kehidupan rakyat, khususnya kos sara hidup, peningkatan pendapatan serta perlindungan sosial.


Katanya, peluasan bantuan bersasar dan subsidi merupakan antara langkah kerajaan untuk memastikan rakyat terus mendapat sokongan dalam menghadapi cabaran ekonomi.


Bagaimanapun, Zahid mengingatkan bahawa pengumuman peruntukan sahaja tidak mencukupi sekiranya pelaksanaannya gagal memberikan manfaat sebenar.


Beliau mahu setiap inisiatif dilaksanakan secara cekap dan berkesan supaya rakyat dapat menikmati pendapatan lebih baik, peluang ekonomi lebih luas serta kehidupan yang lebih terjamin.


Dalam masa sama, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan pembangunan negara perlu turut dinikmati masyarakat luar bandar dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar.


Beliau berkata, kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan infrastruktur asas, peluasan peluang ekonomi serta penguasaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan tenaga baharu.


Menyentuh peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Zahid menyambut baik peningkatan kepada RM12.68 bilion bagi 2027 berbanding RM12.4 bilion tahun sebelumnya.


Walaupun memahami kedudukan kewangan negara, beliau menegaskan keutamaan kementerian adalah memastikan peruntukan tersebut digunakan bagi program yang memberikan impak tinggi kepada kumpulan sasaran.


Zahid turut mahu bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diperkukuh melalui penawaran kursus berkemahiran tinggi, termasuk robotik dan teknologi yang mempunyai permintaan pekerjaan semakin meningkat.


Menurutnya, kursus yang ditawarkan perlu disesuaikan dengan keperluan industri supaya lebih ramai anak muda mempunyai peluang mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan lebih baik.


Bagi Zahid, kejayaan Belanjawan 2027 akhirnya bukan hanya diukur melalui jumlah peruntukan yang diumumkan, tetapi sejauh mana manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.





0UNTUNG LE...

 



Sam Lim



Untung budak-budak sekarang,habis spm kerja kilang kicap basic dah 2000.

Campur ot campur elaun gedebuk gedebak gaji sama dengan inspektor 👮

Aku tahun 1989 kerja kebun sayur sebelah Taman Tas gaji 15 inggit je sehari.. 🌿🍀🌱🌵

Tapi hari-hari tibai sayur la.. 😅





Selamat datang ke Malaysia, Presiden El-Sisi!

 Selamat datang ke Malaysia, Presiden El-Sisi! 














Usai pembentangan Belanjawan MADANI Kelima, saya terus ke Kompleks Bunga Raya, KLIA bagi menyambut ketibaan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, yang mengadakan Lawatan Negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.


Insya-Allah, esok kami akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama serta bertukar pandangan terkait isu serantau dan antarabangsa, selain menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman antara Malaysia dan Mesir.


======


Welcome to Malaysia, President Abdel Fattah El-Sisi!


🇲🇾🇪🇬


#MalaysiaMADANI

#DiplomasiMADANI

#YakinMADANI




LANTAI GAJI DIANGKAT.

 

Ahmad Faizuddin



Point penting:


Gaji minima naik RM2000.

Gaji minima graduan RM2500.

Gaji GLIC GLC naik RM3,400.


Lantai diangkat.




LIMA PERKARA PALING MENARIK DALAM BELANJAWAN 2027


Nazri Hamdan


Lima perkara yang paling menarik dalam Belanjawan 2027 pada saya yang patut diberi perhatian:


——-


Pertama; cara kerajaan cuba mengimbangi bantuan rakyat, kenaikan pendapatan dan disiplin fiskal. 


Jumlah belanjawan RM459.8 bilion, dengan RM376.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion untuk pembangunan. 


Hasil pula diunjurkan RM380.8 bilion, jadi secara mudah ada jurang kira-kira RM79 bilion yang perlu dibiayai melalui pinjaman dan sumber lain. 


Sasaran defisit 3.3% daripada KDNK menunjukkan kerajaan masih mahu mengecilkan defisit, walaupun belanja naik 3.6%. 


Kesan rangsangan kepada ekonomi bergantung pada sama ada wang itu benar-benar menghasilkan perkhidmatan dan projek yang produktif.


——-


Kedua, kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027 ialah kenaikan RM300, atau kira-kira 17.6%. 


Kalau sebuah syarikat ada 10 pekerja yang semuanya bergaji minimum, kos gaji kasar tambahannya sekitar RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun, belum termasuk caruman majikan. 


Pekerja pula mendapat tambahan kasar RM3,600 setahun seorang. 


Ini boleh menguatkan perbelanjaan isi rumah, tetapi syarikat perlu ada ruang untuk menampung kos itu tanpa menaikkan harga atau mengurangkan pengambilan pekerja. 


Pengecualian PMKS dengan hasil jualan bawah RM50 juta memberi ruang penyesuaian kepada sebahagian perniagaan.


Sementara tu gaji lantai RM2,500 untuk pekerja separa mahir dan graduan cuba menangani isu gaji yang tidak sepadan dengan kemahiran.


——-


Ketiga, pakej cukai individu memberi tumpuan besar kepada M40. 


Had pelepasan asas naik daripada RM9,000 kepada RM12,000, dan kadar cukai turun satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM70,000 hingga RM150,000. 


Sebagai simulasi mudah, tambahan pelepasan RM3,000 boleh menjimatkan kira-kira RM540 setahun bagi pembayar cukai pada kadar marginal 18%, sebelum mengambil kira potongan kadar cukai yang lain. 


Jadi angka kerajaan sehingga RM1,600 lebihan pendapatan boleh guna ialah had maksimum yang diumumkan, bukannya jumlah yang semua pembayar cukai akan terima. 


Langkah ini boleh menambah sedikit wang untuk dibelanjakan, tetapi kesannya berbeza mengikut pendapatan dan pelepasan yang dituntut.


——-


Keempat, STR dan SARA menerima RM16 bilion, naik daripada RM15 bilion pada 2026. 


Sembilan juta penerima STR boleh mendapat SARA sehingga RM150 sebulan, bersamaan maksimum RM1,800 setahun bagi penerima yang layak pada kadar itu. 


Bukan penerima STR berumur 18 tahun ke atas pula diumumkan menerima RM100 sebanyak dua kali. 


Katakanlah penerima yang mendapat kadar maksimum RM150 sebulan mempunyai tambahan kuasa beli sehingga RM1,800 setahun, manakala kumpulan bukan penerima STR menerima RM200 keseluruhan. 


Bantuan bersasar begini berpotensi cepat masuk ke perbelanjaan keperluan, tetapi kesan jangka panjangnya bergantung pada sama ada pendapatan dan pekerjaan turut meningkat.


——-


Kelima, peruntukan wilayah dan infrastruktur boleh menentukan sama ada pertumbuhan sampai ke kawasan di luar pusat ekonomi utama. 


Sabah menerima RM18.7 bilion dan Sarawak RM16.2 bilion, termasuk RM3.3 bilion untuk jaringan jalan raya Borneo. 


Johor Bahru pula mendapat persetujuan pelaksanaan e-ART menjelang pembukaan RTS Link, sementara RM100 juta disediakan untuk kolam takungan dan penyelenggaraan sungai di Lembah Klang. 


Projek seperti ini boleh membuka kerja kepada kontraktor dan memudahkan pergerakan pekerja serta barangan.


Akan tetapi manfaat ekonominya hanya terasa jika projek dilaksanakan mengikut jadual dan menyelesaikan masalah sebenar, seperti kesesakan dan banjir.


——-


Secara keseluruhan, Belanjawan 2027 menunjukkan kerajaan cuba merangsang ekonomi sambil menjaga kedudukan fiskal.


Peruntukan RM459.8 bilion merangkumi RM83 bilion untuk pembangunan, dengan sasaran defisit dikurangkan kepada 3.3% daripada KDNK. 


Pada masa sama, kerajaan mahu tambah pendapatan melalui gaji minimum RM2,000, ringankan beban M40 melalui pelepasan cukai dan salurkan RM16 bilion kepada STR serta SARA. 


Jadi arah utama ialah bantu kuasa beli rakyat dan biayai pembangunan, sambil memastikan perbelanjaan itu tidak menggagalkan usaha mengawal defisit.





KENAIKAN UNTUK RAKYAT.

 


Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tidak kelihatan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.







Ketiadaan kelibat Abdul Hadi menarik perhatian memandangkan pembentangan belanjawan merupakan antara persidangan terpenting Parlimen setiap tahun.


Belanjawan 2027 membawa tumpuan kepada hala tuju ekonomi negara, kos sara hidup, pembangunan serta kebajikan rakyat selepas beberapa tahun kerajaan melaksanakan pembaharuan ekonomi.


Sebagai Presiden PAS dan Ahli Parlimen pembangkang, penyertaan Abdul Hadi dalam perbahasan dasar negara sememangnya menjadi perhatian umum.


Bagaimanapun, tidak kelihatan dalam rakaman pembentangan belum semestinya bermaksud beliau tidak hadir sepanjang persidangan. Setakat ini, sebab beliau tidak kelihatan belum dapat dipastikan.


Pembentangan Belanjawan 2027 dijadualkan bermula pada 3.30 petang, dengan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.





MAKAN GAJI BUTA JA....

 




Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tidak kelihatan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.


Ketiadaan kelibat Abdul Hadi menarik perhatian memandangkan pembentangan belanjawan merupakan antara persidangan terpenting Parlimen setiap tahun.


Belanjawan 2027 membawa tumpuan kepada hala tuju ekonomi negara, kos sara hidup, pembangunan serta kebajikan rakyat selepas beberapa tahun kerajaan melaksanakan pembaharuan ekonomi.


Sebagai Presiden PAS dan Ahli Parlimen pembangkang, penyertaan Abdul Hadi dalam perbahasan dasar negara sememangnya menjadi perhatian umum.


Bagaimanapun, tidak kelihatan dalam rakaman pembentangan belum semestinya bermaksud beliau tidak hadir sepanjang persidangan. Setakat ini, sebab beliau tidak kelihatan belum dapat dipastikan.


Pembentangan Belanjawan 2027 dijadualkan bermula pada 3.30 petang, dengan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.





SOALAN YB DR HAFIZAH MUDAH, JAWAPAN DAH MASUK SEMAK


Bob Kelanang







Cara Exco Kelantan menjawab soalan Dr Hafidzah mengenai projek litar motocross nampaknya lebih menarik perhatian netizen di Thread lebih daripada projek itu sendiri.

Ruangan komen penuh dengan persoalan tentang tahap persediaan dan keupayaan kerajaan negeri menjelaskan projek yang pernah diumumkan.  

Ada yang menyindir, “Makan gaji buta?”, malah jawapan Exco turut digelar “package pekak + bisu”. Seorang netizen pula mempersoalkan, kalau PAS mendakwa mempunyai ramai profesional dan jurutera, kenapa status projek seperti ini pun kelihatan sukar dijelaskan dengan terang. 

Ada juga yang mengingatkan bahawa isu ini bukan sekadar bahan lawak. Ia melibatkan amanah kepada rakyat dan janji kerajaan yang perlu dipertanggungjawabkan. Sindiran paling pedas datang apabila netizen mula membandingkan elaun Exco dengan kualiti jawapan yang diberikan; “Gaji 25K–30K itu ja jawapan?” 

Yang lain pula merumuskan lebih ringkas; “bahagian tabur janji laju, buat tak pernah.” Malah ada yang mula bertanya lebih besar — kalau soalan mengenai satu projek pun sukar mendapat jawapan yang jelas, bagaimana rakyat mahu menilai fungsi sebenar pentadbiran dan Dewan Undangan Negeri? 

Nampaknya rakyat bukan minta jawapan panjang. Mereka cuma nak tahu satu benda; litar motocross itu sebenarnya dah sampai mana?





BAB NAK BANTAI ORANG LAIN MEMANG OAKAR. ZALIM LA BAGAI.

 





Kalau bab membaca nas agama untuk menuduh kerajaan orang lain zalim, ustaz-ustaz PAS memang cukup laju.


Siap keluar hukum haram menyokong kezaliman. Siap petik hadis ancaman tidak masuk syurga terhadap pemimpin yang menipu rakyat.


Tetapi bagaimana kalau perkara yang mereka selalu tuduh kepada orang lain itu berlaku dalam kerajaan sendiri?


Inilah cerita 348 peneroka FELCRA Bukit Tandak, Kelantan.


Mereka bukan baru semalam meneroka tanah. Sejak tahun 1960-an lagi tanah itu diusahakan. Pada 1982, peserta rancangan berkenaan diberikan pegangan enam ekar seorang.


Ketika Allahyarham Tok Guru Nik Aziz masih menjadi Menteri Besar, pegangan enam ekar itu mahu dikekalkan. Menurut Husam Musa, arahan Menteri Besar pada 2013 juga mengekalkan keluasan tersebut.


Tetapi selepas Tok Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar, lain pula ceritanya.


Pada 2014, kerajaan PAS Kelantan membuat keputusan memasukkan 209 nama peserta tambahan.


Daripada enam ekar, pegangan yang dicadangkan kepada peneroka asal tinggal tiga ekar seorang.


Bayangkan tanah yang diusahakan berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba mahu dikurangkan separuh.


Alasan kerajaan negeri, kononnya mahu berlaku adil kepada peneroka lain yang terpinggir.


Tetapi adil kepada orang baharu, bagaimana pula dengan hak orang lama?


Belum habis pertikaian, pada 2019 pokok-pokok getah pula ditebang oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri.


Pokok yang ditanam, dijaga dan ditoreh selama bertahun-tahun menjadi sumber rezeki keluarga peneroka.


Waktu itu, Mohd Amar selaku Timbalan Menteri Besar menegaskan kerajaan Kelantan tidak bertindak zalim.


Maklumlah, kerajaan sendiri. Mana mungkin zalim!


Tetapi pada 5 Oktober 2026, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan tender penebangan pokok getah itu tidak sah dan mengarahkan Kerajaan Kelantan bersama Pentadbir Tanah Pasir Mas membayar ganti rugi RM17.46 juta kepada 348 peserta.


Kerajaan negeri sudah menyatakan hasrat untuk merayu. Jadi keputusan itu belum muktamad.


Sekarang kita teringat pula Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.


Pada Disember 2025, beliau menulis panjang tentang haramnya bersimpati kepada kezaliman. Antaranya menyentuh soal menafikan hak orang yang berhak.


Ketua Dewan Ulamak PAS, Ahmad Yahaya pula pernah memetik hadis tentang pemimpin yang menipu rakyat sehingga diancam dengan syurga diharamkan ke atasnya.


Hebat sungguh peringatan agama mereka.


Cuma kita hendak tanya satu perkara.


Nas tentang kezaliman itu hanya terpakai kepada Kerajaan MADANI sahaja ke?


Kalau hak rakyat dinafikan oleh kerajaan orang lain, cepat sahaja keluar ayat al-Quran dan hadis.


Tetapi apabila kerajaan PAS sendiri diperintahkan membayar pampasan berjuta-juta ringgit kepada peneroka, apa pula nas yang ustaz-ustaz PAS mahu baca?


Kita tidak menghukum siapa masuk syurga atau neraka. Itu urusan Allah.


Tetapi kalau benar mahu bercakap tentang keadilan Islam, janganlah pilih bulu.


Sebab kezaliman tidak tiba-tiba menjadi halal hanya kerana pelakunya memakai kopiah dan datang daripada parti sendiri.


#AhmadMursi




PENCEN ORANG LAMA

 


Belanjawan 2027: Pencen minima bapak2 kita yg dulu kerja gomen naik 


RM1000 ke RM1350

Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2027 akan dinaikkan daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion.






 Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2027 akan dinaikkan daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion.


Menerusi Belanjawan 2027, semua 9 juta penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun, bergantung kepada kelayakan masing-masing.


#ohmedia #sa




PRESIDEN UMNO TERPALIT

 







Zahid terpalit 2 kes pecah amanah 47 kes dan kes terlebih belanja di kementerian nya di zaman madani. Banyak tu. Omg! 


Ada dah masuk court. Ada kes baru report polis mintak SPRM siasat ye now. 😱😳🤭🫣🤔





NUSI DAKWA TAK KENAI

 

Mohd Faruk















Nusi dakwa dia tidak kenal kontraktor tu... Mungkin dia lupa kot dah 3 tahun berlalu...link di ruang komen


Perhubungan Pas Pulau Pinang 

Penerangan Pas Pulau Pinang 

Pemuda PAS Malaysia 

Pemuda Pas Pulau Pinang 


#TakkanMBNakMenipu






WAJAH BAHARU PARLIMEN MALAYSIA













Alhamdulillah, suasana indah di Parlimen Malaysia. 


Tazkirah, solat Jumaat, solat Hajat dan doa setulusnya. Lebih dua ribu jemaah yang hadir termasuk jemaah wanita direkodkan. 


Khutbah mengupas belanjawan dari perspektif Maqasid al-Shariah. 


Sememangnya Islam subur dan mekar di Malaysia. 


Siap sedia mendengar pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Perdana Menteri. 


#SebarkanSalam #MadaniMembantu





UMNO PUN TAK KELAPAQ KE DIA DAH...TAK DAK HALA TUJU DAH.

 

Hazimy Al Jauhari



Bagi kita semua, makhluk macam inilah yang patut direhatkan selama-lamanya daripada terus menyebarkan kebencian.








Jangan heret anak-anak ke dalam agenda politik atau jadikan mereka alat untuk melampiaskan kebencian peribadi terhadap seseorang.


Jangan sampai rupa mungkin tak seberapa, perangai pula tak membawa manfaat, malah kehadiran pun hanya menambah kebencian dalam masyarakat.


Kalau tak mampu membawa manfaat kepada orang sekeliling, sekurang-kurangnya jangan jadi punca kerosakan pemikiran generasi muda.