ZANIRUN BABA
*PROROG PARLIMEN USAHA SELAMATKAN PERIKATAN NASIONAL*
Hari ini ada mesyuarat khas KABINET DAPUR abahcow bagi bincang
untuk gantung parlimen atau PROROGUE PARLIMEN.
Apa maksud prorog Parlimen?
Prorog Parlimen bermaksud pemberhentian atau penggantungan
persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.
Bilakah prorog Parlimen boleh berlaku?
Apabila berlaku sesuatu konflik semasa sesi persidangan Dewan
Rakyat di Parlimen.
Apakah perbezaan antara prorog Parlimen dengan penangguhan atau
pembubaran Parlimen?
Pemprorogan Parlimen ialah memberhentikan persidangan Dewan
Rakyat tanpa membubarkan Parlimen.
Apakah berlaku kepada kerajaan sepanjang tempoh pemprorogan
Parlimen?
Segala urusan kerajaan berjalan seperti biasa.
Siapakah yang boleh memutuskan untuk pemprorogan Parlimen?
Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan
Persekutuan yang membolehkan baginda untuk memprorog atau membubarkan Parlimen.
Sekiranya berlaku pemprorogan Parlimen, bagaimana dengan rang
undang-undang dan usul-usul di Parlimen?
Rang undang-undang dan usul-usul yang belum diputuskan akan
dibawa ke sesi akan datang.
Bagaimana pemprorogan Parlimen relevan dengan isu politik
semasa?
Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen akan dihentikan
apabila berlaku konflik dalam negara.
Berapa lama tempoh pemprorogan Parlimen?
Dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan terdahulu.
Kenapa Prorog?
Kerana PM sudah hilang majoriti. Ada MP dari team Azmin Ali,
Bersatu, Sarawak, PAS dan UMNO yang sudah hilang kepercayaan kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan PM serta kegagalan PM
menguruskan Covid-19.
Malah ramai Menteri Kabinet tidak lagi menyokong PM kerana semua
keputusan PM adalah nasihat Hamzah-Azmin.
MP PAS juga tidak gembira kerana melihat Setiausaha Agung PAS
Takiyudin seperti sudah menjadi Setiausaha Sulit kepada Hamzah.
PAS amat terhina apabila semua keputusan PAS adalah arahan
Hamzah kepada Takiyudin. Sedangkan PAS adalah parti besar namun dikawal Hamzah
Zainuddin.
Risiko Prorog?
Tiada Pelaburan Asing atau FDI. Tiada semak dan imbang dalam
kerajaan. Kroni akan kaya raya, anak beranak Menteri terus faraid harta dan
rakyat papa kedana.
Sepanjang tempoh Prorog, PM dan konco-konconya berkuasa mutlak nak
buat apa sahaja tanpa perlu dipersoalkan di Parlimen oleh Pembangkang mahupun
rakan kongsi dalam PN.
Sebarang Rang undang-undang dan usul-usul yang belum diputuskan
akan dibawa ke sesi akan datang. Itu kalau betul-betul Parlimen ditangguhkan 6
bulan lagi dari tarikh deklarasi Prorog dibuat. Tapi kalau ianya dilanjutkan
lagi, maka makin lamalah sebarang rang undang-undang atau usul-usul untuk
kebajikan rakyat dapat dibentangkan di Parlimen.
Mudah kata, PM dan konconya tak nak dicatat dalam sejarah sebagai
PM dan Menteri Kabinet paling singkat, jadi menggunakan alasan Covid-19 untuk
kekal berkuasa tanpa sebarang soal dari pihak lain.
Makin lama, covid 19 ini ada, makin menghalalkan tindakan mereka
nak adakan Prorog ini untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya sampai cukup
penggal sesi Parlimen kali ini bukan untuk rakyat dan negara tetapi lebih
kepada untuk diri mereka sendiri.