Air Naik Kat Negeri Pembangkang, Tiba² Semua Jadi Bisu Tahap *@&%£#!!

Man Toba. 





Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selamba ‘koyak dalam diam’ bila dia sindir satu fenomena pelik berlaku di Malaysia:


> Bila empat negeri pembangkang – Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu – naikkan tarif air, tiba-tiba geng yang selama ni kononnya pejuang rakyat hilang suara. Takde pun hashtag #RakyatTertindas, takde video jerit depan paip air, apatah lagi demonstrasi depan SUK.


PMX rilek je jawab:


> “Mereka tulis surat minta kebenaran dari menteri. Kita tak halang, kita tak suruh, ini bidang kuasa negeri. Kalau perlu naik, naiklah.”


Tapi yang ajaibnya... Kalau kerajaan Pusat naik harga 10 sen ke atas apa-apa, bukan main mereka menyalak macam dunia nak kiamat.

Tapi bila puak sendiri naikkan, terus senyap macam dah mati mikrofon.

Malu? Tak. Memang dasar hipokrit.


🧠 Hipokrit Kelas Tertinggi


Bila pembangkang naik, itu “langkah wajar.”


Bila kerajaan pusat naik, itu “kezaliman ke atas rakyat.”


Padahal sama je paip tu.

Sama je bil sampai rumah.

Tapi sebab yang naik tu geng sendiri, maka terus auto halalkan.


🔥 PMX Tak Halang, Tapi Sempat Siku


PMX tak larang, sebab dia faham bidang kuasa. Tapi dia bukan bodoh. Dia nampak, dia tahu... dan dia sengaja sindir bagi pedas.

Supaya rakyat pun buka mata:


> "Yang menyalak konon bela rakyat, rupa-rupanya hanya bersuara bila kena pada musuh."


Lepas ni kalau dengar pembangkang menangis konon kerajaan aniaya rakyat,

sila tanya balik – "masa air negeri kau naik hari tu, mana suara kau?"




No comments: