Laporan polis berkaitan hakim yang tular: Ini pendirian kerajaan

 




Kerajaan tidak akan campurtangan terhadap laporan Majlis Peguam pada 26 Jun 2025 berkaitan campurtangan kehakiman yang melibatkan hakim kanan susulan laporan polis yang telah dibuat

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa Perkara 125 (3A) Perlembagaan Pesekutuan memperuntukkan kuasa kepada Ketua Hakim Negara untuk merujuk sebarang pelanggaran etika seorang hakim mahkamah atasan kepada Jawatankuasa Etika Kehakiman yang ditubuhkan di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.

“Perkara 125 (3B) pula membolehkan penetapan kod etika bertulis bagi menetapkan piawaian tinggi kelakuan dan integriti hakim.

“Kerangka etika ini bertujuan bagi memastikan badan kehakiman bebas daripada pengaruh politik atau luaran, sekali gus menjamin keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Proses ini bermakna badan eksekutif dan badan legislatif tidak boleh campur tangan dalam isu etika kehakiman,” kata Azalina dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran).



Laporan polis oleh seorang hakim kanan Mahkamah Persekutuan mendakwa bahawa seorang ahli panel Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada Hakim Mahkamah Persekutuan gagal menghormati integrity keakiman dan pernah memohon Ketua Hakim Negara membuat keputusan memihak suatu pihak.

Hakim kanan tersebut juga didakwa memohon Ketua Hakim Negara menukarkan seorang hakim Mahkamah Tinggi dari mengendalikan satu kes.




No comments: