AWAT TAK PILIH DIA...WALAU DAH MEREGON ,PEMUJA DIA DOK USUNG LAGI SANA SINI.


 TERLALU PANTAS TOLAK  TUN M CALON DI KEMAMAN,  PAS JELAS TAK BERBUDI BAHASA 


Hanya sehari selepas digambarkan perlunya Tun Mahathir Mohamad diletakkan bertanding di Kemaman, Pas dengan pantas menolak kemungkinan tersebut.


Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar dipetik sebagai berkata, Pas tidak bercadang untuk mencalonkan Tun Mahathir dalam PRK Kemaman yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Malah, katanya,, tidak ada perbincangan dalam Pas untuk perkara itu.


Dalam hal ini, Pas jelas ternampak kurang berbudi bahasa terhadap Tun Mahathir yang telah mereka lantik sebagai penasihat khas untuk empat negeri tadbirannya – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis – dalam konteks menarik pelabur dan membangunkan ekonomi keempat-empat negeri berkenaan.


Sepatutnya, dalam kedudukan Tun Mahathir berlapang dada memberi khidmat secara percuma kepada empat negeri berkenaan dan berikutan timbulnya isu berkaitan, apalah salahnya jika Pas datang bertanya dahulu kepada bekas Perdana Menteri dua kali itu sama ada sedia bertanding lagi atau pun tidak.


Jika setelah Tun Mahathir menolak dan tidak sedia lagi untuk berganding, barulah dibuat pengumuman mengenainya.


Buat sementara ini, tak bolehkah Pas bersikap diplomasi sedikit dengan tidak menolak terus kemungkinan meletakkan bellau sebagai calon di Kemaman, sebaliknya cuba mencari masa mengunjungi Tun Mahathir terlebih dahulu?


Ini tidak, begitu cepat dan pantas sekali Pas menolak dan mengatakan tiada rancangan untuk mencalonkan beliau di Kemaman.


Bagaimana jika dalam hati Tun Mahathir sebenarnya sudah bertunas bunga-bunga keinginan untuk bertanding di Kemaman, sebaik saja diketahui ada PRK di kawasan itu?


Tidakkah ini secara tidak langsung mengecewakan Tun Mahathir?


Jika diimbas kembali hubungan Tun Mahathir dengan Pas sejak 2018 lalu, satu-satunya sikap terpuji beliau ialah sentiasa menunjukkan tangan terbuka, berlapang dada dan baik hati terhadap parti itu.


Bila-bila masa saja pimpinan Pas ingin bertemu dan bertandang ke kediamannya, tidak pernah sekali pun Tun Mahathir menolaknya.


Ketika PRN dan PRK Simpang Jeram, Tun Mahathir tidak pernah menolak untuk turun berkempen membantu Pas.


Begitu juga ketika dilantik sebagai penasihat khas empat negeri tadbiran Pas atau SG4, sekali lagi Tun Mahathir dengan lapang dada menerimanya semata-mata kerana hasrat ingin membantu memajukan lagi empat negeri berkenaan.


Di PRK Pelangai ini pun dikhabarkan Tun Mahathir akan turun juga berkempen membantu Pas.


Kenapalah Pas tidak boleh membalas kebaikan hati Tun Mahathir itu?


Walhal, jika Tun Mahathir diletakkan sebagai calon di Kemaman dan Insya Allah akan menang, suaranya di Parlimen dalam membawa kepentingan empat negeri itu kepada kerajaan pusat tentulah tambah berkesan lagi.


Tetapi dengan awal-awal lagi menolak Tun Mahathir, selain memperlihatkan Pas kurang berbudi bahasa, yang lebih banyak rugi dan menolak tuah ialah Pas sendiri.


Berbanding Tun Mahathir dengan Che Alias Hamid yang Pas nampaknya lebih cenderung untuk mencalonkan semula beliau dalam PRK Kemaman nanti, apakah peranan yang boleh dimainkannya dalam di Parlimen?


Pernahkah beliau bersuara selama ini di Parlimen? – ShahbudinHusin 05/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



2 comments:

Anonymous said...

Rasanya sudah ada yang cuba nasib untuk dapatkan kerusi parlimen KT tempoh hari, pun pishangggg...

Ini mereka tahu kerusi yang boleh menang walaupun letak calon batang kelapa sawit


Bagi dia orang sudah lama mengidam untuk jadi ahli parlimen, yang nampak jelas pada mereka adalah PITIH ELAUN semua tu... bila lagi dan kenapa nak bagi pada orang lain

Bagi Tun dan Tan Sri tu mereka tak pandang dah pitih & elaun tu, mereka hendak kekal dalam dunia politik kalau nak laba pun, yang makan tak habis, bukan ciput ciput

Anonymous said...

X kan nk menongkat dunia age is not number but syurga or neraka