MALAYSIA AUSTRALIA TINGKAT KERJASAMA DALAM INDUSTRI.

 








Malaysia-Australia hari ini komited untuk mempertingkat kerjasama komprehensif dalam pelbagai industri antaranya perdagangan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital dan keselamatan siber.


Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media bersama selepas pertemuan dengan rakan sejawat saya Anthony Albanese dalam lawatan rasmi ke negara ini, selain menghadiri Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.


Kami juga sepakat untuk memperluas kerjasama sedia ada dalam hal terkait ekosistem vaksin serta peralihan tenaga bersih.


Menopang cabaran mendatang, kami juga senada untuk menerokai perkongsian maklumat, pembangunan siber serta menuntut kebersamaan lebih padu dalam isu imigresen dan persempadanan.


Sebelum sidang media bersama, saya dan delegasi Malaysia disambut Albanese dan Gabenor Victoria Margaret Gardner AC sejurus tiba di halaman Government House Victoria diiringi lagu Negaraku, disusuli tembakan penghormatan sebelum pemeriksaan barisan kehormat.


Usai majlis tersebut, saya dan Albanese mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengadakan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia.


Moga hubungan dan kerjasama Malaysia-Australia terus saling menguntungkan dan ikatan persahabatan kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama kekal utuh.


#MalaysiaMADANI



No comments: