π—§π—”π—ž π—¦π—˜π—§π—¨π—π—¨ 𝗨𝗠𝗑𝗒 π—π—”π——π—œ “π—•π—’π—‘π—˜π—žπ—” π—œπ—¦π—§π—”π—‘π—””, 𝗣𝗨𝗔𝗗 𝗭𝗔π—₯π—žπ—”π—¦π—›π—œ π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯ 𝗨𝗠𝗑𝗒



1. Kenyataan media Dr Puad Zarkashi hari ini agak berat dan membuka lebih banyak persoalan.


2. Beliau mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan kerana wujud campur tangan pihak Istana dalam keputusan politik parti.


3. Menurut beliau lagi, Onn Hafiz sekadar pak turut dan boneka yang terikat.


4. Dakwaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada UMNO Johor, tetapi boleh mengheret nama institusi Raja ke dalam polemik politik kepartian. Sebab itu penjelasan amat penting.


5. Kerana rakyat akan bertanya, siapa sebenarnya yang menentukan calon UMNO? Siapa pula yang menyediakan perbelanjaan kempen UMNO Johor?


6. Kalau UMNO menang, siapa sebenarnya bertanggungjawab terhadap dasar dan pentadbiran kerajaan negeri?


7. Adakah undi rakyat kepada UMNO nanti benar-benar diterjemahkan kepada dasar yang mewakili suara rakyat?


8. Dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, Raja berada di atas politik kepartian. 


9. Parti yang dipilih rakyat pula memerintah dan bertanggungjawab terhadap dasar kerajaan.


10. Sebab itu, kalau berlaku kesilapan dalam polisi atau pentadbiran, parti pemerintahlah yang patut dipertanggungjawabkan. Rakyat bebas menilai dan menyalahkan kerajaan.


11. Dengan cara itu, kemuliaan institusi Raja dapat dipertahankan daripada dipersalahkan atas keputusan politik parti.


12. Justeru, dakwaan Dr Puad Zarkashi ini sangat serius. Onn Hafiz dan UMNO Johor wajar beri penjelasan segera supaya tidak timbul kekeliruan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap demokrasi dan institusi Raja Berperlembagaan.




No comments: