Rayuan seorang rakyat hina mencari keadilan di Malaysia Baru
Kisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali.
Sejak pertemuan pertama dengan insan bernama Azmin tidak pernah terlintas yang kami akan menjadi kawan mesra.
Disebabkan terlalu naif dan mempercayainya sebagai seorang yang memiliki keperibadian tinggi, hidup saya kini sudah terpalit dengan sejarah hitam.
Jika masa depan saya sebelum ini lebih terjamin sebagai seorang penjawat awam di dalam kerajaan Malaysia yang baru, kini saya sekeluarga telah dihukum dan sentiasa berada di ambang ketakutan hanya kerana bercakap benar.
YAB Tun Mahathir, rakyat Malaysia masih menghina saya kerana video pengakuan sebelum ini.
Setelah Hilman datang berjumpa pada waktu siang fikiran saya semakin bercelaru kerana arahan yang telah diberikan olehnya.
Saya disuruh untuk membuat video penafian dan pengakuan tipu bahawa orang kedua di dalam video tersebut bukanlah Azmin.
Saya tahu kedudukan Azmin sebagai seorang menteri dan ahli politik yang berkuasa sebagaimana sering diperkatakan sepanjang tempoh kami mengenali satu sama lain.
Saya berasa amat marah tetapi takut pada masa yang sama kerana sedar tiada siapa yang akan melindungi saya dari pihak berkuasa.
Berpegangkan prinsip berani kerana benar dan berlatar belakang dalam jurusan undang-undang, saya yakin dengan keputusan untuk membuat video pengakuan itu.
Pada waktu itu saya yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai pembela nasib rakyat.
Namun sehingga kini ramai pihak masih sangsi mengapa perlu menyaran SPRM untuk melakukan siasatan atas tuduhan korupsi.
Sewaktu kami intim saya sering mendengar kisah perbelanjaan isteri dan anak-anaknya di mana jumlah yang disebut kadang kala mengejutkan.
Saya juga bekerja sebagai penjawat awam dan saya tahu gaji dan elaun kerajaan dan jawatan politik diterima Azmin tidak mungkin dapat menampung gaya hidup keluarganya.
Kadangkala apa yang diceritakannya membuat saya malu dengan sikap hipokritnya setelah apa yang diperjuangkan parti selama ini.
Hubungan kami pada mulanya berlandaskan sifat kagum dan ingin melakar masa depan dalam karier seperti Azmin. Namun hari demi hari saya mula sangsi dengan hubungan kami.
Video lucah yang telah direkod itu adalah satu perbuatan khianat dan saya telah dijadikan sebagai kambing biri-biri hitam.
Adakah rakyat Malaysia ingat saya begitu cetek untuk menjahanamkan masa depan saya dan keluarga?
Penyebaran video itu telah membuka aib dan saya benar-benar ingin kembali ke jalan yang benar dengan penuh keinsafan sejak dulu tetapi lemah.
Sejak peristiwa hitam ini saya sentiasa menunggu respon Azmin melalui perkembangan media masa.
Setelah melihat sikap ego Azmin yang masih boleh menghadapi khalayak ramai sambil berlagak biasa, saya yakin bahawa video itu telah direkod untuk milik peribadinya dan telah jatuh ke tangan orang yang berhasad dengki tanpa mengira nasib saya dan sekeluarga.
Mungkin bagi Azmin dia sedar akan tetap selamat kerana kedudukan darjatnya yang lebih tinggi jika dibandingkan hidup saya.
Lemparan tuduhan ke atas saya sebagai penfitnah walaupun setelah dikemukakan bukti-bukti yang kukuh masih tidak dapat diterima segelintir pihak hanya kerana Azmin mampu mempergunakan pengaruhnya demi kepentingan diri.
Adalah mustahil jika dilihat secara objektif dan melalui usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan bahawa segalanya adalah tidak sahih.
Saya pinta hentikan Azmin dari terus memperbodohkan semua orang melalui sifat egonya yang merasakan dia bebas dari segala kesalahan.
Saya pinta suara saya didengarkan dan tidak diperlekehkan hanya kerana menentang kata-kata dusta seorang pemimpin yang selama ini digambarkan sebagai bebas dari salah laku lebih diagungkan oleh orang ramai.
Maafkan saya rakyat Malaysia dan saya rayu agar lihatlah peristiwa ini dari sudut pandangan saya sebagai mangsa.
Saya berharap YAB Tun Mahathir dapat bersikap adil dalam hal ini kerana keluarga saya bukanlah dari orang berada dan amat sukar untuk menghadapi masa hadapan.
Saya pinta agar YAB Tun dapat menjaminkan apa yang terbaik buat negara kita.
Yang ikhlas dan benar,
Haziq Aziz
(Dipetik daripada FB Haziq Aziz)