KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN SOKONGAN PENUH SIASATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KEPADA ISU GISB HOLDINGS



1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan reman seramai 171 individu dalam Op Global bagi tujuan siasatan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).


2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh untuk membantu pihak PDRM dalam

proses siasatan.


3. Selain itu, JAKIM turut akan membawa isu ini kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskan dalam perkara-perkara berkaitan akidah.


4. Bagi membanteras hingga ke akar umbi fahaman dan ajaran menyeleweng, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan

menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISB

Holdings.


5. Jawatankuasa Khas ini diletakkan di bawah seliaan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI.


6. Selain itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membantu untuk menyediakan rumah perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam Op Global tersebut. Pada masa sama, akan membantu memberikan khidmat rundingcara dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat.


7. Sekali lagi ingin dibuat penegasan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan isu-isu

berkaitan akidah umat Islam.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama)

13 September 2024



No comments: