PMQT: Sekolah Diingat Jangan Sorok Kes Buli Demi Jaga Imej – PM Anwar

 


IMG_7395

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Pihak sekolah diingatkan agar tidak menyembunyikan kes buli semata-mata mahu menjaga imej serta prestasinya di mata masyarakat.

Peringatan tersebut disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan asal Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) semasa Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan menyembunyikan masalah itu kerana bimbang prestasi sekolah terjejas, jelas Anwar, hanya akan mengorbankan kebajikan pelajar yang mungkin mengalami tekanan dan ketakutan untuk ke sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

“Masalah ada dan kadang-kadang dilindungi kerana tak nak imej buruk, nak jaga prestasi sekolah, bagi pandangan baik.

“Padahal anak-anak merasa terdera, tertekan masuk ke sekolah. Saya setuju apa yang digesa polis, jangan sembunyikan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Saifuddin Abdullah yang meminta pendiriannya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bahawa sebarang isu keselamatan di sekolah perlu dilaporkan segera tanpa cuba disembunyikan demi menjaga nama baik institusi.

“Mudah-mudahan dapat selamat negara kita daripada kes yang sangat menyentuh perasaan kita,” katanya.

Anwar juga menggesa tindakan segera dalam menangani kes buli dan penderaan juga perlu dipertingkatkan, termasuk dengan memperketat peraturan serta memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.

Anwar turut menekankan peranan ibu bapa dan keluarga dalam membendung kes buli serta penderaan, selain berharap kesedaran mengenai isu itu dapat terus dipertingkatkan.



No comments: