PMQT: PM Anwar Dijangka Jawab Isu Pendatang Myanmar Di Malaysia, Keselamatan Sekolah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri sesi PMQT pada 6 Oktober 2026.
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberi penjelasan mengenai isu warga Myanmar yang berada di negara ini serta isu keselamatan pelajar di sekolah di Dewan Rakyat, esok.
Anwar dijangka menjawab kedua-dua isu dibangkitkan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah itu pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), pada jam 10 pagi esok.
Menerusi soalan Suhaizan, Perdana Menteri dijangka memberi penjelasan penghantaran pulang dan status keberadaan warga Myanmar di negara ini, pada 29 September lalu.

Anwar juga akan memperincikan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu keberadaan warga Myanmar, termasuk pelarian dan pemohon suka, terutama etnik Rohingya yang semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), Perdana Menteri juga dijadualkan memberi penjelasan kepada soalan Saifuddin berhubung kes mengancam keselamatan pelajar di sekolah.
Menerusi soalan berkenaan, Perdana Menteri dijangka memberi penjelasan mengenai punca kes sedemikian berulang biarpun garis panduan dan prosedur keselamatan sudah ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijangka menyatakan status terkini berhubung pelaksanaan 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan keselamatan, saringan dan pengurusan risiko di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pintu masuk negara.
No comments:
Post a Comment