PMQT HARI INI. ADMIN AKAN SIARKAN MELALUI YOU TUBE

 

PMQT: PM Anwar Dijangka Jawab Isu Pendatang Myanmar Di Malaysia, Keselamatan Sekolah

IMG_7361

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri sesi PMQT pada 6 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberi penjelasan mengenai isu warga Myanmar yang berada di negara ini serta isu keselamatan pelajar di sekolah di Dewan Rakyat, esok.

Anwar dijangka menjawab kedua-dua isu dibangkitkan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah itu pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), pada jam 10 pagi esok.

Menerusi soalan Suhaizan, Perdana Menteri dijangka memberi penjelasan penghantaran pulang dan status keberadaan warga Myanmar di negara ini, pada 29 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen pada 7 Julai 2026.

Anwar juga akan memperincikan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu keberadaan warga Myanmar, termasuk pelarian dan pemohon suka, terutama etnik Rohingya yang semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), Perdana Menteri juga dijadualkan memberi penjelasan kepada soalan Saifuddin berhubung kes mengancam keselamatan pelajar di sekolah.

Menerusi soalan berkenaan, Perdana Menteri dijangka memberi penjelasan mengenai punca kes sedemikian berulang biarpun garis panduan dan prosedur keselamatan sudah ditetapkan kerajaan.

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dijangka menyatakan status terkini berhubung pelaksanaan 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan keselamatan, saringan dan pengurusan risiko di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pintu masuk negara.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.