Wakaf Mara Madani yang bertujuan memartabatkan agenda bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini dilancar secara rasmi hari ini.
Lapor Bernama, Perdana Menteri berkata, inisiatif wakaf itu akan menunjukkan bahawa orang Melayu sudah sampai ke tahap bukan sahaja menerima peluang dan peruntukan semata-mata, tetapi adalah bangsa yang bermaruah, boleh menentukan masa depan sendiri.
Sementara itu Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapannya menyasarkan kutipan wakaf mencapai RM100 juta tahun ini sebagai usaha memperkukuh kebajikan dan pembangunan masyarakat.
Beliau menyeru 2.8 juta alumni Mara supaya menyumbang ke dalam program wakaf berkenaan, agar bantuan kepada golongan yang memerlukan dapat diperluaskan lagi.
Pelaksanaan Wakaf MARA MADANI (WMM) terdiri daripada 3 fasa iaitu pendanaan, pengembangan dan agihan.
• PENDANAAN : TERIMAAN DANA WAKAF DARI PEWAKAF
• Semua terimaan dana wakaf akan dikenali sebagai Mauquf.
• PENGEMBANGAN : MARA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH
• Dana wakaf (Mauquf) yang terkumpul akan dilaburkan atau dikembangkan dalam pelaburan yang patuh syariah dan unit mauquf haruslah terpelihara.
• PENGAGIHAN : AGIHAN MANFAAT
• Keuntungan pelaburan/ hasil pengembangan akan diagihkan mengikut % yang telah ditetapkan kepada 6 sektor yang telah dikenalpasti.
No comments:
Post a Comment