SEMOGA KITA TEMUI AL QADAR. MAHAZALIM TEMUI APA?

 Selepas Sahur

SEMOGA KITA TEMUI AL QADAR



Puasa saya hari ini cukup damai dan tidak terganggu, apabila Dr Mahathir Mohamad seperti sudah menemui punca untuk melihat kebenaran itu sebagai benar apabila beliau menyokong langkah kerajaan untuk memberi suntikan sebanyak RM1.1 billion bagi membantu Sapura Energy. 


Jarang sekali, bahkan tiada langsung kedengaran Mahathir sependapat dengan Anwar Ibrahim sebelum ini. Semua kerja buat Anwar Ibrahim dilihat serba tidak kena dan salah. 


Terbaru sebelum ini Mahathir turut terheret mengkritik dan sinis kerajaan untuk meminda akta bandar (URA) dengan menyifatkan langkah itu menyebabkan Melayu di bandar akan ketepi seperti nasib Melayu di Singapura.


Namun berbeza dengan isu Sapura Energy ini, tiba-tiba sahaja beliau bertindak diluar tabiatnya sebelum ini, menyokong penuh langkah Anwar itu. Rupa-rupa Mahathir nampak kebaikan dan hikmah dengan apa dilakukan Anwar itu. Baguslah, sikap dan pendirian menyokong begitulah yang kita perlukan daripada seorang bekas PM.


Walaupun beliau berlapik dengan sokongan itu mengharap kerajaan sudah membuat kajian keperluan untuk membantu Sapura Energy, tetapi pokoknya Mahathir bersetuju kali ini. Dan Anwar menegaskan suntikan itu bukan hangus tetapi harus dibayar.


Seperti kata Anwar suntikan modal itu untuk menyelamatkan 2,000 vendor bumiputera daripada gulung tikar, kerana kalau tidak diselamatkan menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada syarikat asing. 


Adalah wajar kalau Dr Mahathir bersikap sebaliknya kali ini. Apa yang kita nampak, Dr Mahathir masih ada kewarasan dalam melihat kerajaan Madani ini. Ternyata dia jauh lebih cerdik daripada budak-budak parlimen yang bercakap faktanya ke laut dan ke gunung. 


Walaupun puteranya ada terlibat dengan syarikat itu, namun sokongan beliau itu bukan berdasarkan itu, kerana anaknya Mukhzani sudah lama (2017) melepaskan pegangannya dalam syarikat berasaskan minyak dan gas itu.


Bukan setakat itu sahaja sebenarnya banyak benafit diperolehi Mahathir kalau dia bersikap terbuka dengan Anwar. Isu saman menyaman juga boleh diselesaikan di luar mahkamah.


Justeru, sokongan dibuat itu saya lihat ikhlas, dan waras, sekaligus Dr Mahathir dalam membela Anwar dalam soal ini turut mahu mengajar budak-budak parlimen yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak berpegang kepada fakta.


Kita mengharap semoga Mahathir dan kita semua (termasuk Tok Dor) akan menemui al qadar pada Ramadhan kali ini. Trims.



No comments: