Nama aktivis Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi menjadi kontroversi selepas didakwa menceroboh dan mencuri beberapa kenderaan milik sebuah syarikat kapal kurier, MV Malaysia Star.
Menurut peguam kepada pemilik kapal, Jeremy M Joseph, anak guamnya telah membuat laporan polis berikutan pencerobohan ke Fasiliti Penyimpanan yang didakwa berlaku di VV eMall, Jalan Bayu Laut, Kota Bayuemas, Pendamar Klang.
“Dengan dukacitanya, kami ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa seorang individu yang dikenali sebagai Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Semboyan Malaysia menceroboh masuk ke dalam Fasiliti Penyimpanan itu dan mencuri sejumlah kenderaan yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau mendakwa, tindakan ini adalah satu perbuatan jenayah yang melanggar hak undang-undang pemilik kapal, dan adalah suatu tindakan yang tidak berpatutan.
“Laporan polis sudah dibuat terhadap Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis Semboyan Malaysia,” katanya.
Katanya, susulan itu, pemilik kapal akan mengkaji semua tindakan undang-undang yang tersedia, sama ada dalam bentuk tindakan sivil ataupun jenayah.
No comments:
Post a Comment