MSO
Pembangkang
terus tergugat?
SUSUPAN MALAM
Iskandar Zulkarnain |
HARI
ini seorang lagi ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada perdana menteri Anwar
Ibrahim.
Kali ini ahli Parlimen dari Sabah, Suhaili Abdul Rahman (Bersatu - PN) mewakili
kerusi Labuan. Sebelum ini ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Zulkarnain
Abdul Khalid telah mengumumkan sokongan kepada perdana menteri Anwar
Ibrahim dan kerajaan Perpaduan.
Alasan diguna pakai Suhaili, sama dengan alasan dibuat oleh
Iskandar Zulkarnain mereka menyokong kerajaan demi rakyat yang diwakilinya.
Dalam erti kata lain mereka mengorbankan sokongan kepada parti demi rakyat.
Kedua-dua mereka menang atas tikit Bersatu (PN).
Suhaili Ab Rahman |
Iskandar
Zulkranain juga merupakan ahli Parlimen Bersatu (PN). Dengan sokongan Suhaili
itu kini suara menyokong kerajaan di Parlimen 149 kerusi, melebihi majoriti dua
pertiga. Rupa-rupanya tindakan ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman yang
menarik sokongan kepada kerajaan ada hikmah tersendiri apabila ia diganti dua
orang ahli Parlimen oposisi menyokong kerajaan. Tindakan Syed Saddiq nampaknya
tidak diteladan oleh ahli parlimen pembangkang.
Difahamkan tindakan menyatakan sokongan kepada Anwar dan
kerajaan itu tidak terhenti di situ sahaja.Selepas ini akan ada lagi ahli
parlimen pembangkang akan berbuat tindakan sama. Sekurang-kurang ada dua orang
lagi ahli parlimen yang sedang stand by akan mengambil langkah
sama. Mereka dikatakan sedaang mempertimbangkan untuk berbuat demikian, cuma
mengambil sedikit masa kerana ingin mengelak akan disalah anggap oleh parti
mereka.
Difahamkan salah seorang ahli Parlimen itu dari negeri Pantai
Timur dimana beliau kini dikatakan menghadapi masalah kewangan untuk memajukan
kawasan mereka wakili.
Ahli parlimen yang mengambil tindakan menyokong kerajaan adalah
demi kesejahteraan kawasan dan rakyat mereka wakilkan. Ia suatu tindakan bijak
menunjukkan mereka meletakkan kepentingan rakyat lebih utama daripada
berpolitik "bersetia" dengan gabungan yang tidak dapat memberi
apa-apa bantuan untuk rakyat.
Semoga langkah diambil mereka berdua, Iskandar Zulkarnain dan
Suhaili akan diikuti oleh beberapa orang lagi wakil rakyat.
Perkembangan demikian sudah tentu menyeronok dan menyenangkan
perdana menteri Anwar, dimana ia secara tidak langsung menggambarkan beliau
kian mendapat sokongan dari semua pihak termasuk yang sebelum ini berpihak
kepada pembangkang. Rententan itu memberi gambaran yang pembangkang kini dalam
keadaan tergugat, digugat oleh ahli parlimenya sendiri.
Dari sisi lain pula mereka tidak yakin dengan dakwaan pemimpin
tertinggi mereka, Mahiaddin Yassin dan Abdul Hadi Awang yang terus terusan
menjual mimpi kononnya kerajaan Perpaduan akan runtuh bila-bila masa.
Sesungguhnya politik mereka berdua itu adalah politik matang dan
sejahtera dan Best. [wm.kl. 9:21 am 30/10/2023]