Dulu hangpa dua maki hamun macam macam. Nak kena pekena pulak dengan Mahathir.
Menerusi laman sosialnya petang tadi, Presiden Pas, Hadi Awang memaklumkan tentang kunjungan Tun Mahathir Mohamad ke kediamannya di Rusila, Terengganu.
Dalam catatannya, Hadi berkata, beliau berbesar hati dengan kesudian bekas Perdana Menteri itu berkunjung ke terataknya di Rusila.
Beliau turut mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesihatan dan rahmat kepada Tun Mahathir.
Tidak pasti apa urusan Tun Mahathir di Terengganu, tetapi kedatangannya menziarahi Hadi di Rusila lada waktu ini segera mencetuskan khabar ia ada kaitan dengan PRK Kemaman tidak lama lagi.
Saya sebelum ini adalah yang paling awal iaitu pada 3 Oktober lalu mencadangkan agar Pas meletakkan Tun Mahathir sebagai calonnya di PRK Kemaman.
Ia sebagai susulan Pas telah melantik beliau sebagai penasihat ekonomi kepada empat negeri tadbirannya atau SG4.
Artikel bertajuk Pas Patut Calonkan Tun Mahathir Tanding di Kemaman boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/10/03/pas-patut-calonkan-tun-mahathir-tanding-di-kemaman.html
Sejak itu, isu kemungkinan Tun Mahathir bertanding di Kemaman mula menjadi bualan ramai dengan pelbagai pihak turut menulis, malah beberapa pimpinan Pas tidak terkecuali memberi reaksi berkenaan dengannya.
Begitu pun, sejak isu berkenaan timbul, Tun Mahathir tidak pernah langsung membuka mulutnya.
Untuk berkata beliau berminat tidak pernah, nak kata tak berminat pun tak pernah.
Tetapi, dengan tiba-tiba beliau sanggup datang ke Rusila untuk mengunjungi Hadi, apakah Tun Mahathir sebenarnya sedang melobi bagi dirinya sendiri untuk jadi calon Kemaman?
Jika bukan itu tujuannya, apa tujuan lain Tun Mahathir bertandang ke rumah Hadi di Rusila?
Memerhati gerak politik Tun Mahathir, beliau tidak mungkin saja-saja datang ke rumah Hadi di Rusila jika sekadar untuk bertanya khabar atau ingin berbual-bual sambil teringin nak makan keropok lekor Terengganu semata-mata.
Ia mesti ada hajat besar, dulu juga Tun Mahathir pernah mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah sebelum mereka akhirnya bekerjasama untuk menjatuhkan Najib Razak.
Lagi pula selama ini, dalam banyak pertemuan kedua-duanya, ia hampir semuanya diadakan di kediaman Tun Mahathir di Kajang.
Apakah pertemuan di Rusila ini bakal mencatat sejarah buat Pas dengan bekas Perdana Menteri dua kali itu akhirnya akan dipilih sebagai calon bagi PRK Kemaman? – ShahbudinHusin 02/11/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/11/02/apakah-ini-petanda-tun-mahathir-akan-jadi-calon-pas-prk-kemaman.html