JANGAN SAMPAI MAKCIK KIAH MERAJUK
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 31/03/2020
( 1 - 18 )
1. Sejak dijadikan lambang yang mewakili rakyat, khusus yang memerlukan bantuan kewangan oleh Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, nama Makcik Kiah sudah menjadi sebutan ramai sehingga katanya ada yang bercadang menamakan anak perempuan yang bakal dilahirkan dengan nama Kiah atau Rokiah.
2. Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM250 bilion adalah merupakan pakej ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China, diikuti oleh Kanada, Australia, Eropah dan Singapura.
3. Ini bukan saja membuktikan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) pimpinan Muhyiddin bagi membantu rakyat yang susah akibat penularan wabak penyakit CORONAVIRUS atau COVID19 tapi yang tidak kurang penting ia juga membuktikan kepada dunia Malaysia masih punyai kedudukan kewangan atau simpinan yang begitu besar dan kukuh yang boleh dibelanjakan bila - bila masa , dan TANPA PERLU mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu.
4. Sama ada nama sebenar Makcik Kiah ialah Rokiah dan sama ada beliau merupakan ibu kepada Dr. Marzuki Mohamad, orang kanan Muhyiddin sendiri, itu tidak penting.
5. Selesai sahaja Pakej Rangsangan itu diumumkan, ribuan rakyat menadah tangan menzahirkan kesyukuran mereka.
6. Suasana kesyukuran ini mengimbau kembali peristiwa di Temerloh apabila Najib, bekas Perdana Menteri ketika itu mengumumkan rancangan Felda Global Venture ( FGV ) anak syarikat FELDA mengapungkan sahamnya, manakala yang memberontak tidak setuju dengan rancangan itu dilabel sebagai 'Haram Jadah' oleh beliau.
7. Janji Najib setiap Peneroka Felda akan jadi kaya dan ada yang bakal jadi jutawan luntur apabila saham FGV menjunam jauh dari nilai pengapungan sebenar - itulah nasib malang peneroka Felda.
8. Ahli - ahli akademik dan hampir kesemua akhbar termasuk yang berbahasa Cina dan Tamil menzahirkan kegembiran mereka di muka hadapan dengan segala pujian; apa tidaknya dalam suasana ekonomi di mana 'Dapur Mula Tak Berasap' hampir majoriti rakyat akan mendapat sekurang - kurang RM4000.00 seorang; rakyat tersenyum lebar seolah - olah bermimpi berada di taman bunga.
9. Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan Muhyiddin 'The Best Prime Minister Since Merdeka' atau 'Perdana Menteri Yang Terhebat Sejak Merdeka'.
10. Tak sampai seminggu pun sudah ada komen - komen dan analisa dari beberapa tokoh dan penulis terkemuka berhubunan Pakej Rangsangan bagi Makcik Kiah itu.
11. A Kadir Jasin mengemukakan secara terpinci dan amat mudah difahami umum jumlah sebenar yang Makcik Kiah akan dapat iaitu HANYA RM800.00 sahaja BUKAN RM4000.00 seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin.
11. Yang hairanya analisa Kadir DISAHkAN tidak lain tidak bukan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang bertanggungjawab menyediakan pakej tersebut.
12. Pengesahan atau pengakuannya semasa ditemuramah di Stesen TV baru - baru ini oleh Tengku Zafrul yang dikatakan 'Pakar Kewangan' yang dibawa khas dari CIMB ke dalam Kabinet ini sudah barang tentu menjadi tajuk perbualan umum.
13. Rakyat kini terutama kalangan B40 yang pernah mendapat bantuan Kerajaan melalui beberapa skim mula mengesyaki ada yang tak kena dengan pengumuman tersebut.
14. i. Jika Kerajaan begitu yakin mempunyai dana yang cukup mengapa pula pembayaran dicadangkan diberi secara berperingkat-peringkat:
a) pembayaran pertama pada hujung bulan April sedangkan Puasa bermula pada 24hb April ini.
b) Pembayaran kedua pada bulan Mei berkemungkinan besar selepas Hari Raya.
Rakyat kini TERLALU perlukan bantuan kewangan secepat mungkin bukannya seminggu lagi apatah lagi pada hujung bulan April dan Mei.
ii. Betulkah Kerajaan mempunyai sumber kewangan sebanyak itu ( RM250 Billion ) sedangkan Petronas yang menjadi penyumbang utama ekonomi negara kini berada dalam keadaan AMAT KRITIKAL?
iii. Ekoran penutupan kilang - kilang dan lain - lain perniagaan , sumber kewangan kedua terbesar iaitu kutipan cukai turut merosot begitu ketara sekali.
iv. Industri pelancongan sebagai salah satu sumber negara kini terjejas dengan teruk; MAS, AirAsia, Firefly dan Malindo TERPAKSA mengurangkan penerbangan, begitu juga pendapatan hotel , restoran dan lain - lain yang berkaitan.
v. Dalam masa yang sama segala hutang negara termasuk 1MDB perlu dibayar selain dari gaji kakitangan awam yang berjumlah hampir 1.2 juta serta bayaran pencen untuk pesara.
15. Rayuan dan suara - suara sumbang sudah mula kedengaran, namun rakyat masih ternanti - nanti penjelasan dari mulut Muhyiddin sendiri:
i. Apakah Makcik Kiah akan dapat RM4000. 00 atau hanya RM800.00 seperti yang disahkan oleh Tengku Zafrul - jika Muhyiddin masih mempertahankan angka yang disebut iaitu RM4000.00 maka ini bermakna Zafrol tidak sepintar yang digambarkan, justeru beliau MESTI dipecat serta merta dari Kabinet seperti juga Menteri Kesihatan 'Air Suam' yang juga telah melanggar Akta Kesihatan 1971 kerana mendedahkan nama pesakit Covid19 yang meninggal dunia.
ii. Jika Muhyiddin 'pusing' atau buat 'u- turn' ini bermakna beliau seorang Perdana Menteri yang telah menipu rakyat, maka secara gentleman atau anak jantan, beliau HARUS MELETAKKAN JAWATAN yang disandangnya kini.
16. Lebih buruk, Muhyiddin juga didapati melanggar arahan PKP daripada kerajaan pimpinannya sendiri apabila keluar membeli barangan dapur di sebuah pasaraya pada Ahad lalu bersama isterinya, sedangkan peraturan hanya membenarkan ketua keluarga saja keluar membeli-belah.
17. Itulah akibatnya apabila
' Yang Kalah Jadi
Kerajaan, Yang Menang Jadi
Pembangkang'.
18. Jangan sampai Makcik Kiah merajuk kerana akibatnya akan diterjemahkan pada PRU ke15 nanti.
Wassalam
Terima Kasih.
TERIMA KASIH CHINA
Hari ini membaca status Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Nor Hisham yang melahirkan rasa berterima kasih kepada China atas bantuanya kepada rakyat Malaysia...
.ia melibatkan sumbangan Kerajaan China berupa 100,008 unit Test Kit COVID-19 Nucleic Acid Diagnostic Kit (PCR-Fluorescence Probing), 100,000 topeng muka N95, 500,000 topeng muka tiga lapisan, 50,000 unit Alat Pelindung Diri (PPE) and 200 unit ventilator...
Tapi ramai yang mungkin lupa, Itulah kebijaksanaan Diplomatik Kerajaan PH dan Menterinya sebelum ini, terdahulu menteri dari DAP ,Teresa Kok yang bertanggung jawab dalam portfolio melibatkan Komoditi terlebih dahulu menyumbangkan 18 juta sarung tangan getah kepada China ketika China dilanda Musibah... Malaysia antara pengeluar terbesar sarung tangan getah melibatkan 65% pasaran Dunia..
Sifat baik dan ehsan Teresa Kok dulu pernah di kecam para asatizah terutama anak buah Zakir Naik.. Kononnya membantu Negara Komunis.. mereka yg zalim kepada Etnik Uighur..sedangkan ianya menepati kehendak Quran sebagaimana firman Allah..
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik... apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Surah Fussilat: 34)
Dimana suara suara para asatizah, Pejuang melayu.. Apakah mulut mereka terkunci rapat ? Masih ingat kata kata mereka diawal Musibah yang melanda China dulu ? Mana Suara Mufti utara yg hebat menyebarkan Kebencian atas nama kaum dan Agama..? Apa yang mereka kata sebelum ini ?
Kata mereka musibah yg melanda China akibat kezaliman mereka terhadap Etnik Uighur.. Allah turunkan Bala pada bangsa Komunis..Musibah yang hanya melibatkan Orang non muslim membuktikan ia bala dari Allah..hatta mengatakan, Itu sebabnya bangsa yang suka makanan haiwan liar menjadi sebab turun Bala Allah..
Mulut para asatizah ini tidak ubah seperti Trump yang tidak beriman..,Trump sebelum itupun mengaitkan virus itu dengan Virus China..mulut Trump takda bezanya dengan sebahagian asastizah dan Mufti.. Bebas menghukum manusia lain biarpun ketika itu mereka dalam musibah..
Akhirnya kita tidak perlu tunggu lama, hanya tidak sampai sebulan Allah memberikan mereka ini pengajaran berguna atas kata kata nista mereka ini.. Bukan yang hanya duduk di negara Komunis..hatta yang duduk dalam Majlis dakwah Tabligh boleh dilanda wabak Penyakit sebagaimana nasib yg melanda Sahabat Nabi..
Allah dan Nabi mengajar kita berbuat baik..hatta pada musuh, apalagi ketika mereka dilanda Musibah..Nabi sendiri menghormati kelompok yahudi dan kafir yang membencinya dengan membalas kejahatan mereka mereka dengan kebaikan..
Sebagaimana firman Allah,
مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(Surah Al-Qashas: 84)
Diharap ustaz2 yang mulut celupar sangat selama ini di Masjid menyebarkan kebencian..ambillah ruang bersendiri dirumah ini untuk meraih keinsafan dan bermuhasabah..
Ipohmali
.ia melibatkan sumbangan Kerajaan China berupa 100,008 unit Test Kit COVID-19 Nucleic Acid Diagnostic Kit (PCR-Fluorescence Probing), 100,000 topeng muka N95, 500,000 topeng muka tiga lapisan, 50,000 unit Alat Pelindung Diri (PPE) and 200 unit ventilator...
Tapi ramai yang mungkin lupa, Itulah kebijaksanaan Diplomatik Kerajaan PH dan Menterinya sebelum ini, terdahulu menteri dari DAP ,Teresa Kok yang bertanggung jawab dalam portfolio melibatkan Komoditi terlebih dahulu menyumbangkan 18 juta sarung tangan getah kepada China ketika China dilanda Musibah... Malaysia antara pengeluar terbesar sarung tangan getah melibatkan 65% pasaran Dunia..
Sifat baik dan ehsan Teresa Kok dulu pernah di kecam para asatizah terutama anak buah Zakir Naik.. Kononnya membantu Negara Komunis.. mereka yg zalim kepada Etnik Uighur..sedangkan ianya menepati kehendak Quran sebagaimana firman Allah..
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik... apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Surah Fussilat: 34)
Dimana suara suara para asatizah, Pejuang melayu.. Apakah mulut mereka terkunci rapat ? Masih ingat kata kata mereka diawal Musibah yang melanda China dulu ? Mana Suara Mufti utara yg hebat menyebarkan Kebencian atas nama kaum dan Agama..? Apa yang mereka kata sebelum ini ?
Kata mereka musibah yg melanda China akibat kezaliman mereka terhadap Etnik Uighur.. Allah turunkan Bala pada bangsa Komunis..Musibah yang hanya melibatkan Orang non muslim membuktikan ia bala dari Allah..hatta mengatakan, Itu sebabnya bangsa yang suka makanan haiwan liar menjadi sebab turun Bala Allah..
Mulut para asatizah ini tidak ubah seperti Trump yang tidak beriman..,Trump sebelum itupun mengaitkan virus itu dengan Virus China..mulut Trump takda bezanya dengan sebahagian asastizah dan Mufti.. Bebas menghukum manusia lain biarpun ketika itu mereka dalam musibah..
Akhirnya kita tidak perlu tunggu lama, hanya tidak sampai sebulan Allah memberikan mereka ini pengajaran berguna atas kata kata nista mereka ini.. Bukan yang hanya duduk di negara Komunis..hatta yang duduk dalam Majlis dakwah Tabligh boleh dilanda wabak Penyakit sebagaimana nasib yg melanda Sahabat Nabi..
Allah dan Nabi mengajar kita berbuat baik..hatta pada musuh, apalagi ketika mereka dilanda Musibah..Nabi sendiri menghormati kelompok yahudi dan kafir yang membencinya dengan membalas kejahatan mereka mereka dengan kebaikan..
Sebagaimana firman Allah,
مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(Surah Al-Qashas: 84)
Diharap ustaz2 yang mulut celupar sangat selama ini di Masjid menyebarkan kebencian..ambillah ruang bersendiri dirumah ini untuk meraih keinsafan dan bermuhasabah..
Ipohmali
BANYAK KALI DAH HANG NI TUNJUK BODO..DARI JADI PEMBANGGANG SAMPAI JADI MENTERI...
😂😂😂😂😂
𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗥𝗔𝗘𝗠𝗢𝗡 😎
Bagi seseorang wanita dan ibu yang bekerja maupun seseorang surirumah, mesej² yang disampaikan oleh Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) ini sangat merendahkan diri kaum wanita.
〰️ dia suruh wanita bermake-up ketika bekerja di rumah.
〰️ dia gambarkan budaya keluarga kita laki bini selalu bergaduh di rumah.
〰️ buat lagak Doraemon bila nak tegur suami 😁
Kita tidak nampak mesej² begini relevan dengan Covid-19. Yang kita nampak menteri² Pak Din berlumba² tonjolkan kebiulan & idea² menteri kebangangan mereka.
Mungkin dia berniat baik tetapi kaedah penyampaian sungguh condescending (merendahkan diri wanita).
Kaum lelaki mungkin tidak feel/perasan/amused dengan message begini. Kaedah yang sungguh disgusting ‼
Sumber:
https://bit.ly/3dDF5hr
𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗥𝗔𝗘𝗠𝗢𝗡 😎
Bagi seseorang wanita dan ibu yang bekerja maupun seseorang surirumah, mesej² yang disampaikan oleh Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) ini sangat merendahkan diri kaum wanita.
〰️ dia suruh wanita bermake-up ketika bekerja di rumah.
〰️ dia gambarkan budaya keluarga kita laki bini selalu bergaduh di rumah.
〰️ buat lagak Doraemon bila nak tegur suami 😁
Kita tidak nampak mesej² begini relevan dengan Covid-19. Yang kita nampak menteri² Pak Din berlumba² tonjolkan kebiulan & idea² menteri kebangangan mereka.
Mungkin dia berniat baik tetapi kaedah penyampaian sungguh condescending (merendahkan diri wanita).
Kaum lelaki mungkin tidak feel/perasan/amused dengan message begini. Kaedah yang sungguh disgusting ‼
Sumber:
https://bit.ly/3dDF5hr
Antara rekod dan tuduhan
Saya menimbang-nimbang di antara fakta2 rekod di bawah dan kepercayaan ramai Melayu dari parti kaum, parti Islam, jemaah sunnah, dan NGO tertentu yang seperti sepakat menuduh DSAI seorang liberal, pro Cina /kuffar atau paling dahsyat, tuduhan peliwat..
Fakta yg digeruni musuh beliau..
#Ketelusan
Kebijaksanaan dan kejayaan Dato Seri Anwar Ibrahim yang pernah mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia.
1. Anwar Ibrahim adalah mantan Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.
2. Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991.
3. Tahun kedua Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia 1992,Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dengan mendapat UNTUNG ia itu ‘ Pendapatan Melebihi Perbelanjaan ‘ atau surplus budget sebagai mana yang telah dibentangkan di parlimen.
4. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia yang membentangkan belanjawan yang mendapat ‘ UNTUNG ‘ ia itu pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus budget.
5. Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dan Malaysia boleh berdikari sendiri,akhirnya Anwar Ibrahim menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Malaysia kerana Malaysia sudah mampu berdikari sendiri.
6. Selepas Anwar Ibrahim berjaya mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dan mendapat keuntungan,Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun dan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia membayar hutang luar.
7. Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yang TERBAIK DI DUNIA.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Dunia.
8. Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan TERBAIK DI ASIA.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Asia.
9. Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang dilantik sebagai ‘ Pengerusi bahagian pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995.
10. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Malaysia di kenali sebagai The Asian Tiger dikalangan negara-negara Asian.
11. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 % selama 8 berturut-turut.
1. Pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia numbur 1 di Asean.
2. Persaingan ( Competitiveness ) Malaysia Numbur 1 di Asean.
3. Pelaburan langsung ( Foreign Direct Investment ) Malaysia numbur 1 di Asean.
4. Capitalisation Malaysia numbur 2 di Asean.
12. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia yang mendapat ‘ Untung ‘ atau pendapatan melebihi perbelanjaan ( Surplus Budget ) selama 8 tahun berturut-turut.
Selepas Anwar Ibrahim dan sehingga kini tiada Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membentangkan bajet pendapatan melebihi perbelanjaan seperti yang dicapai oleh Anwar Ibrahim selama 8 tahun berturut-turut.
13. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang berjaya menurunkan hutang luar Malaysia keparas paling rendah.
14. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan,beliau berjaya menutup kebocoran dan ketirisan.
15. Kejayan Anwar Ibrahim mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dengan baik dan cemerlang adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik Malaysia pertama yang diakui sebagai ‘ PAKAR PERUNDING KEWANGAN ‘ oleh Bank Dunia pada tahun 2008.
16. Kejayaan Anwar Ibrahim mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia ketika menjadi Menteri Kewangan adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik pertama Malaysia yang diakui sebagai ‘ PAKAR EKONOMI & KEWANGAN ‘ oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014.
17. Kesimpulan, berdasarkan fakta-fakta di atas Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia dengan trek rekod yang baik di Malaysia, Asia dan Dunia.
Sila rujuk Kementerian Kewangan dan Hansard Parlimen Malaysia.
Kredit : Abdul Rauf Hj Jainullah.
✅ • 𝗟𝗶𝗸𝗲 • 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 • 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 • 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟯𝟬
KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN
31 Mac 2020
Untuk Selamatkan Pekerja, PKS Perlu Lebih Bantuan; Untuk Selamatkan Ekonomi, Usaha Dwipartisan Diperlukan
Umum sedia maklum pakej rangsangan yang diumum YAB Perdana Menteri pada 27hb Mac lalu merangkumi bantuan kebajikan khusus buat dua bulan ke depan. Sekiranya dilaksana dengan baik, ia mampu membantu rakyat Malaysia memenuhi keperluan asasi dalam memenuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu wabak Covid-19 menular.
Walau bagaimanapun, pakej tersebut tidak menjelaskan rancangan fiskal yang mampu mengelak kehilangan pekerjaan akibat kesan ekonomi meleset terhadap syarikat-syarikat terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Di Malaysia, PKS menyediakan 7 dari 10 pekerjaan di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan serta pendapatan bagi Kerajaan melalui pembayaran cukai korporat. Maka bantuan tambahan amat diperlukan bukan sahaja demi membela kebajikan rakyat, tetapi juga nasib PKS.
Kerajaan akan membelanjakan RM5.9 bilion di bawah Program Subsidi Upah bagi membayar RM600 sebulan untuk tiga bulan bagi 3.3 juta pekerja. Majlis Setiausaha berpandangan jumlah ini belum memadai dan mencadangkan agar bayaran ini dinaikkan ke RM1,200, bersamaan kadar gaji minima negara. Langkah ini bukan sahaja akan membantu pekerja tetapi juga PKS dengan meringankan beban bayaran gaji serta membantu mengelakkan pekerja dibuang kerja. Jumlah lebih besar ini selari dengan usaha yang dilaksana di beberapa negara lain termasuk Singapura, United Kingdom dan Australia.
Majlis Setiausaha juga berpandangan keadaan ekonomi terutama enam bulan ke depan memerlukan perancangan rapi dan sokongan dwipartisan. Ini kerana kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi bersifat jangkamasa panjang dan berupaya mengubah ekonomi global.
Oleh itu, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menggesa agar satu sidang Parlimen tergempar dipanggil bagi membincangkan masalah ekonomi Malaysia hari ini, termasuk kerjasama dwipartisan bagi membendung wabak dan menyelamatkan negara.
YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Khalid Samad
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Dr Ong Kian Ming
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
AMK: Hentikan gimik, Zuraida
31 Mac 2020
Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir menyelar tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang didakwanya melakukan gimik politik bagi meraih publisiti ketika Covid-19.
Beliau berkata, sekarang bukanlah masa untuk menteri mencari publisiti ataupun membazirkan sumber yang ada ketika negara dalam situasi sukar.
"Hentikan teknik gimik politik. Sekarang bukanlah masa untuk menteri cari publisiti.
"Jangan bazirkan sumber. Dalam keadaan kita kekurangan PPE dan ada petugas terpaksa gunakan plastik sampah untuk lindungi negeri," katanya kepada Malaysiakini.
Jelasnya tenaga yang ada ketika ini sepatutnya dimanfaatkan bagi tujuan lebih kritikal dan bukannya mengiringi menteri untuk melakukan gimik politik.
"Sumber tenaga yang boleh digunakan tujuan lain terpaksa mengiring dan teman menteri buat gimik," tambahnya lagi.
Semalam, Zuraida turut serta pelaksanaan sanitasi ataupun proses penyahkuman membabitkan enam lokasi zon merah Covid-19 yang dilakukan secara berperingkat.
Enam kawasan berkenaan termasuk Petaling Jaya, Lembah Pantai, Hulu Langat, Seremban, Johor Bharu, dan Kluang.
Operasi ini melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan polis, majlis perbandaran, dan juga Kementerian Kesihatan.
Dalam pada itu, Akmal berkata dalam situasi ketika ini menteri sepatutnya lebih peka dan simpati terhadap nasib rakyat dan bukannya sibuk mencari publisti.
"Menteri perlu lebih peka dan simpati dengan nasib rakyat dalam kedaan rakyat terpaksa berdepan perintah kawalan pergerakan (PKP)," jelasnya.
Malaysiakini sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas Zuraida.
Wang RM210,000 milik saya, ayah dan ibu untuk renovasi rumah, kata Syed Saddiq
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, duit RM210,000 yang hilang dari rumah beliau adalah yang beliau, ibu dan ayah beliau yang dikeluarkan untuk membuat renovasi rumah mereka.
“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataannya hari ini.
Syed Saddiq mengulas satu laporan yang telah dibuat oleh sesaorang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana yang disahkan oleh kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM,” katanya.
Bagi beliau dan keluarga, tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dalam kes ini.
“Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.
“Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it?” katanya.
Beliau ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan.
“Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM,” katanya.
Menurut Ketua Armada Bersatu itu, Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut.
” ~RM90 ribu milik saya, ~RM50 ribu milik ibu saya dan ~RM70 ribu milik ayah saya,” katanya.
Menurut Syed Sadiq, sampai sekarang beliau tidak memiliki sebuah rumah walaupun sudah menjadi menteri.
“Dengan itu saya, Abuyah & mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama.
“Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi.
“Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi,” katanya.
FITNAH SERANG PRIBADI
Beliau juga sudah mengarahkan pegawai beliau untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah beliau dan keluaga “dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan Duit Haram atau wanita yang dikatakan bersama saya.”
“Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.
“Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan,”katanya.
Syed Saddiq sebelum ini mengesahkan rumah beliau telah dipecah masuk namun menafikan laporan media sebelum ini bahawa kehilangan itu merupakan wang Bersatu.
“Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya. Pihak polis dan forensik sudah datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam tadi.
“Buat masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai.
“Laporan media bahawa RM250,000 itu merupakan wang Bersatu adalah tidak benar dan anggaran kecurian belum dapat disahkan,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.
JUMLAH GAJI TERKUMPUL
Ketika membuat perisytiharan hartanya selepas menjawat jawatan sebagai menteri, Syed Saddiq mengumumkan beliau mendapat RM50,238 pendapatan sebulan.
Sehingga kini, beliau telah bekerja selama 22 bulan sebagai menteri. Oleh itu jumlah wang yang telah beliau kumpulkan adalah RM1,105,236 jika beliau tidak menggunakan wang yang ada.
Ini kerana perbelanjaan harian seorang menteri termasuk kereta, minyak, hotel dan makan ditanggung oleh kerajaan atau pihak berkaitan bukan dari poket peribadi menteri.
Tiada jaminan lompat melompat tak berlaku
KESTABILAN politik dan kerajaan sangat penting di saat negara menghadapi ancaman penularan wabak Covid-19 yang belum menentu bila akan reda.
Ia sekali gus menjejaskan perkembangan
ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Buat pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang dilantik selepas PRU-14 datang dari parti yang tidak dominan dalam kerajaan.
Yassin yang dilantik selepas PRU-14 datang dari parti yang tidak dominan dalam kerajaan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh datang dari
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang
hanya memenangi 13 kerusi Parlimen.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang
hanya memenangi 13 kerusi Parlimen.
Muhyiddin juga dari PPBM yang telah dibesarkan sedikit jumlah kerusinya melalui lompatan
beberapa Ahli Parlimen UMNO ke parti
berkenaan.
beberapa Ahli Parlimen UMNO ke parti
berkenaan.
Sebagaimana Dr. Mahathir mewakili PPBM
yang tidak dominan dalam Pakatan Harapan
(PH), Muhyiddin dan partinya juga tidak
dominan
dalam Perikatan Nasional (PN).
yang tidak dominan dalam Pakatan Harapan
(PH), Muhyiddin dan partinya juga tidak
dominan
dalam Perikatan Nasional (PN).
PN adalah gabungan empat parti utama iaitu
UMNO, Pas, GPS, PPBM dan sekumpulan Ahli Palimen yang mengikut Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali.
UMNO, Pas, GPS, PPBM dan sekumpulan Ahli Palimen yang mengikut Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali.
Setiap kumpulan adalah king maker dan
penarikan diri mana-mana satu parti atau
kumpulan akan meruntuhkan kerajaan sebagaimana penarikan diri PPBM pada 24
Februari lalu yang menjatuhkan pentadbiran kerajaan PH.
penarikan diri mana-mana satu parti atau
kumpulan akan meruntuhkan kerajaan sebagaimana penarikan diri PPBM pada 24
Februari lalu yang menjatuhkan pentadbiran kerajaan PH.
Ini menjadikan kerajaan yang ada sekarang ini
tidak stabil. Rakyat bukan sahaja muak, tetapi
letih dengan keadaan yang tidak menentu seperti ini.
tidak stabil. Rakyat bukan sahaja muak, tetapi
letih dengan keadaan yang tidak menentu seperti ini.
Parlimen akan bersidang pada Mei ini. Sidang Parlimen ini akan menguji kekentalan kerajaan
PN pimpinan Muhyiddin.
PN pimpinan Muhyiddin.
Walaupun tidak ada satu peruntukan yang
khusus dalam perlembagaan mengenai undi
tidak percaya, tetapi usul percaya atau tidak percaya vote of confidence atau vote of no confidence’boleh dikemukakan dalam Parlimen sebagai usul persendirian.
khusus dalam perlembagaan mengenai undi
tidak percaya, tetapi usul percaya atau tidak percaya vote of confidence atau vote of no confidence’boleh dikemukakan dalam Parlimen sebagai usul persendirian.
Walaupun usul persendirian tidak boleh
mendahului urusan kerajaan, selama manakah kerajaan boleh mengelakkan diri dari berdepan dengan usul ini?
mendahului urusan kerajaan, selama manakah kerajaan boleh mengelakkan diri dari berdepan dengan usul ini?
Peranan Yang Dipertuan Dewan Rakyat juga
penting dalam kes seperti ini. Pada ketika ini,
tidak ada siapa yang tahu secara tepat berapa
ramai ahli parlimen yang memihak kepada
kerajaan PN dan berapa ramai yang tidak.
penting dalam kes seperti ini. Pada ketika ini,
tidak ada siapa yang tahu secara tepat berapa
ramai ahli parlimen yang memihak kepada
kerajaan PN dan berapa ramai yang tidak.
Tidak ada jaminan bahawa lompat melompat
tidak akan berlaku lagi kerana fenomena frogging ini sudah hampir menjadi
norma dalam politik demokrasi di Malaysia.
tidak akan berlaku lagi kerana fenomena frogging ini sudah hampir menjadi
norma dalam politik demokrasi di Malaysia.
Kalau ada seorang hamba Allah yang harus
diberi penghargaan kerana menunjukkan contoh tauladan dalam hal ini, beliau ialah Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali. No malice Tok Him.
diberi penghargaan kerana menunjukkan contoh tauladan dalam hal ini, beliau ialah Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali. No malice Tok Him.
Berbalik kepada isu kestabilan kerajaan, ia
banyak juga bergantung kepada kebijaksanaan Muhyiddin menerajui kerajaan yang mesti
dilakukan serentak dengan mengemudi bahtera partinya, PPBM.
banyak juga bergantung kepada kebijaksanaan Muhyiddin menerajui kerajaan yang mesti
dilakukan serentak dengan mengemudi bahtera partinya, PPBM.
PPBM sendiri tidak stabil dan Muhyiddin tidak
boleh memandang ringan (kerana) kegagalannya menyelesaikan masalah partinya akan
menjejaskan kerajaan.
boleh memandang ringan (kerana) kegagalannya menyelesaikan masalah partinya akan
menjejaskan kerajaan.
Saya yakin, beliau memahami dan saya tidak bercadang memberikan apa-apa pandangan.
Jika ditakdirkan kerajaan yang ada sekarang
tidak dapat bertahan lama atas apa-apa sebab sekalipun, maka Yang di-Pertuan Agong sekali
lagi akan terpaksa memainkan peranannya.
tidak dapat bertahan lama atas apa-apa sebab sekalipun, maka Yang di-Pertuan Agong sekali
lagi akan terpaksa memainkan peranannya.
Ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh baginda. Antaranya, melantik seorang di kalangan ahli parlimen yang dipercayai baginda boleh mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen
atau membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU semula walaupun belum cukup tempoh lima tahun.
atau membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU semula walaupun belum cukup tempoh lima tahun.
Apakah pilihan baginda? Pandangan umum pada ketika ini, jika kerajaan yang ada ini tidak dapat bertahan, mahu atau tidak mahu penentuan kerajaan akan diserahkan kembali kepada rakyat.
Jangkaan saya, Tuanku Yang di-Pertuan Agong
akan memilih jalan ini.
akan memilih jalan ini.
Datuk Mustafa Ali ada Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pas dan juga mantan Setiausaha Agung Pas.
BAGAIMANA SENARIO JIKA PRU TAHUN INI?
Bagaimana senario jika PRU tahun ini?
Kredit: Dr Ariff Kadir Al-Katami
1) PH dirampas PN
2) PN tak boleh perintah sb COVID19
3) PN gagal dari segi ekonomi
4) Penyokong PN nampak sendiri PN gagal memartabatkan Islam
5) Penyokong PN nampak sendiri PAS takut dengan UMNO & MCA dalam isu UEC, nikah bawah umur, aurat pramugari & GST
6) Pelabur masih tidak yakin dengan PN yg menyebabkan ekonomi terus merudum
7) Rakyat makin susah sekalipun tanpa fitnah isu perkauman, ICERD, Dong Zhong & Jawi.
8) Penyokong PN saksikan sendiri PN gagal cari pembunuh Adib.
9) Penyokong PN akan swing samada menyokong PH atau tidak akan keluar mengundi pada PRU15 nanti. Bukan semua tapi tidak kurang 50%.
10) PN menghadapi masalah besar ketika PRU15 terutama dalam pembahagian kerusi kerana 3 parti utama PN adalah parti Melayu.
11) Penyokong PN yg kecewa dgn prestasi PN akan memberikan undi protes kpd PH. Bagi yg taksub, mereka tidak akan keluar mengundi.
12) PN dijangka cuba menghidupkan kembali MN namun sudah terlambat. Tiada isu perkauman & agama untuk dimainkan. Jika dimainkan, PN akan menjerat diri sendiri.
13) PH dijangka kembali ke tampuk kuasa samada pada Mei 2020 atau pada PRU15 yg boleh diadakan pada bila2 masa.
PH perlu persiapkan diri dari sekarang. Rakyat skrg melihat PN sebagai hero kerana umum pakej rangsangan namun kelibat hero PN ini mati di pertengahan cerita. Kerana pakej ini lambat sampai ke tangan rakyat & menyusahkan sedangkan pemimpin PH telah pun turun memberi bantuan kpd rakyat tanpa birokrasi.
MENGAPA KAJI PEMBENTUNGAN, TIADA SIAPA SAHKAN JANGKITAN COVID 19
Mengapa kaji pembentungan, tiada siapa sahkan jangkitan Covid 19
Oleh: Redzuan RF8 Media
Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar menempelak usaha Menteri Alam Sekitar kerajaan Melayu Perikatan Nasional, Tuan Ibrahim Tuan Man ingin memulakan kajian sama ada virus Covid 19 boleh menjangkiti manusia melalui sistem pembentungan.
Menurut Dr Xavier, kajian tersebut mungkin menjadi sia-sia kerana tidak terdapat fakta kukuh jangkitan boleh berlaku melalui punca pembentungan.
“Apa maksud menteri cuba siasat pembetungan? Adakah dia tiada apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan? Mengapa kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang tidak relevan ini apabila terdapat isu yang jauh lebih penting untuk ditangani seperti ekonomi dan memecahkan rantaian penghantaran Covid-19?
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia belum mengesahkan penemuan ini dan nasihat yang telah diberikan setakat ini ialah Covid-19 menyebarkan melalui titisan. Titisan ini kemudiannya mendarat di atas permukaan dan apabila permukaan ini disentuh oleh seseorang yang kemudiannya menyentuh wajahnya, maka mereka dijangkiti.
“Daripada melakukan semua ini, menteri harus memastikan bekalan air sentiasa tersedia dan memastikan gangguan yang tidak dijadualkan diminimumkan atau dicegah serta memastikan sistem pembetungan berjalan dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Dr Xavier jelas kecewa dengan prestasi Menteri Alam Sekitar ketika negara menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, menteri pula lebih suka melayan spekulasi daripada meyakinkan orang awam dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menempuh pandemik Covid-19.
“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk menyelidik di pembetung dan meletakkan kakitangan penting pada risiko yang tidak diperlukan.
“Saya menyeru Menteri untuk menggunakan sumber yang beliau ada dengan cara yang lebih produktif dan berkesan,” katanya.
LANGKAH SEMBUR JALAN CEGAH COVID 19 MEMBAZIR – PAKAR
Langkah sembur jalan cegah Covid 19 membazir – Pakar
Oleh: Redzuan RF8 Media
Langkah kerajaan Melayu Perikatan Nasional semalam menyembur cecair nyahjangkitan ke atas beberapa batang jalan raya yang tular di media massa semalam dianggap tidak berkesan dan pembaziran sumber manusia yang sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih mendesak.
Anggota Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor Dr Christopher Lee, berkata proses yang dijalankan di Petaling Jaya itu tidak mungkin boleh mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.
“Langkah nyahjangkitan di jalan jelas tidak akan memberi impak. Pembaziran sumber dan masa kerja.
“Langkah membersihkan permukaan yang sering disentuh akan memberi lebih kesan. Marilah (bertindak) berdasarkan bukti,” katanya yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan, di Twitter.
Beliau juga mengetuai National Covid-19 Mortality Review Committee yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan untuk menjalankan audit terhadap kes kematian pesakit Covid-19 di hospital.
Dr Lee mengulas laporan New Straits Times yang memetik beberapa pakar kesihatan yang membangkitkan kerisauan sama, berhubung keberkesanan tindakan disinfeksi di kawasan awam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menterinya Zuraida Kamaruddin, di pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.
New Straits Times memetik bekas timbalan ketua pengarah Kesihatan Dr Lokman Hakim Sulaiman yang mempersoalkan proses itu, yang antara lain melibatkan penyemburan cecair penyahjangkit secara terus ke permukaan jalan.
“Apa yang mereka lakukan? Siapa yang menasihati mereka? (Ia) benar-benar pembaziran wang. Bagaimana jalan dan susur jalan tercemar (dengan virus)? Apabila ramai orang yang dijangkiti batuk ke arahnya?
“Kalau pun permukaan jalan tercemar, bagaimana ia (virus) boleh sampai ke muka anda? Apabila orang menggosok tangan di jalan dan kemudian menyentuh muka mereka?” soalnya seperti dipetik.
“Atas bukti atau dasar apa mereka melakukannya? Ya, mereka mungkin kata ikut prosedur operasi standard (SOP), tetapi siapa yang sediakan SOP dan menyokongnya?
“Dan tengok orang ramai (yang memerhati operasi itu)? Tindakan publisiti ini sudah pun mendedahkan ramai orang kepada risiko,” katanya lagi.
Menurut laporan itu lagi, Lokman berkata pihak berkuasa sepatutnya melakukan nyahjangkitan di tempat yang sering disentuh, seperti tombol pintu, butang di lif, dan selusur eskalator untuk membendung penularan Covid-19.
Laporan itu juga memetik pakar virologi Lam Sai Kit ebagai berkata, jalan raya tidak tercemar atau menjadi punca jangkitan Covid-19.
“Anggota patut dilatih untuk membuat nyahjangkitan di mana (virus) mungkin berada dan menjadi sumber jangkitan. Bukan jalan.
“Daripada gambar (yang menunjukkan anggota menyembur jalan), nampaknya mereka sedang membasuh jalan,” katanya seperti dipetik.
GADIS LANGGAR PERINTAH DITAHAN
CF PETER WONG
31-03-2020 Di petaling jaya , seorang gadis cina berumur 20an , biarpun muka kamu cantik tapi hatimu busuk pun tak guna juga .
Pegawai buat roadblock hanya jalankan tugas mereka , tapi kamu turun dari kereta marahkan pegawai gila ,
kamu ingat kamu cantik tak payah ditahan ka ? Nah... kena tahan terus menghina pegawai , padam muka kamu .
AKIBAT FITNAH, PEJABAT ANWAR DIPERSALAHKAN
Semalam aktivis PSM telah memarahi Pusat Khidmat PD.
Katanya :
"Lihatlah bagaimana penjarakkan sosial disini. Ini berlaku di Pusat Khidmat PD Anwar Ibrahim. Memang tak faham bahasa."
Selepas itu, tuan punya badan edit postnya selepas menyedari beliau telah melakukan fitnah. 10 kali dia edit. 🤭.
Apa yang berlaku seterusnya, ialah KESAN. Kesan dari penyebaran fitnah itu ialah, orang ramai telah memaki hamun PH & Anwar Ibrahim secara peribadinya.
Pembetulan yang dilakukan tuan punya post tidak disedari oleh mereka yang terlebih awal berkongsikannya di sosial media.
Sebagai rekod, aktiviti ini bukan sebahagian dari program di kelolaan Pejabat Parlimen PD. Nama Anwar dijaja. Tetapi bukan Anwar punya kerja.
Terima kasih.