OH WAHAB, SEGERALAH MUNCULKAN DIRI KE BALAI POLIS BANTU SIASATAN…


Selepas Prof Dr Mohd Agus Yusof memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan isu “video Wahab” beberapa hari lalu, semalam giliran individu bernama Mr H pula berbuat demikian.


Mr H dinamakan sebagai dalang dalam penyebaran video tersebut yang dikatakan menjadi sebab utama Dr Agus meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-Kom.


Baik Dr Agus atau Wahab Abdul Kadir sendiri, kedua-duanya menamakan Mr H sebagai dalang yang menyebabkan video perbualan mengasyikkan itu tersebar luas.


Ketika memberi keterangan kelada polis, Dr Agus turut menamakan individu bernama Mr H itu.


Sebelum itu, dalam polis awalnya yang terdedah kepada umum, Dr Agus turut menyebut beliau telau didatangi oleh seseorang pada 13 November lalu menunjukkan “video Wahab” itu kepadanya.


Susulan itu, beliau kemudiannya bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagaimana dinasihati seseorang yang ditemuinya itu.


Soalnya, siapakah seseorang itu?


Dengan kehadiran Mr H memberi keterangan kepada pihak polis, bererti tugas beliau telah selesai.


Seterusnya, terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan-tindakan yang seterusnya selepas ini.


Namun demikian, Wahab dilaporkan masih menghilangkan diri dan peguamnya pula memberitahu, ada dua kumpulan sedang mencarinya.


Beliau belum lagi diambil keterangannya, malah tidak pernah membuat laporan polis, meskipun kalau didengar sidang medianya bersama Dr Agus tempohari, macam-macam dakwaan diluahkannya.


Dalam hal ini, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain sendiri semalam meminta Wahab yang merupakan Penolong Pegawai J-Kom agar tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu.


Oh Wahab…janganlah menghilang diri  atau bersembunyi terlalu lama lagi!!!


Hadirlah segera ke balai polis untuk membantu siasatan, terutama tentang rakaman video perbualannya dengan Dr Agus itu.


Banyak soalan sedang menunggu jawapan daripadanya.


Antaranya, ada berapa banyak rakaman video perbualannya dengan Dr Agus yang sebenarnya beliau telah lakukan?


Betulkah rakaman itu dilakukan atas arahan Mr H?


Benarkan rakaman itu dilakukan tanpa suara atau suaranya telah dipadam ketika ia diserahkan kepada Mr H?


Apa topik perbualannya dengan Dr Agus, jika benar suara dalam video yang tersebar itu adalah hasil kerja suntingan?


Selain itu, apa hubungan beliau dengan Dr Agus?


Ehhh…pendeknya banyak lagilah soalan yang polis mahu tanya dan perlukan jawapan yang jujur daripada beliau.


Oleh itu, segeralah hadir ke balai polis dan jangan lagi berlama-lama menyembunyikan diri. – ShahbudinHusin 24/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/24/oh-wahab-janganlah-terlalu-lama-menghilang-diri.html



No comments: