MESTI MEMBALAS DENGAN SEMISAL




 ABU MISKAT

Harus membalas kejahatan semisal

YB Tambun yang juga PM10 mengucapkan "kepala hotak dia.." dlm ucapannya ketika dalam majlis bersama 70 orang profesor Melayu itu ditujukan kpd para penfitnah yg menuduhnya akan mengiktiraf LGBT jika menang dan menjadi PM. Makian itu berpadanan, kurang jahat dan tidak lebih pun berbanding fitnah jahat yg dikenakan terhadapnya dan didiamkan sahaja oleh ramai ustaz, agamawan dan ulama.

Sedangkan Allah s.w.t. mengharuskan kata2 buruk dihamburkan oleh orang yg dizalimi terhadap orang yang menzalimi seperti dalam firmanNya: لا يحب الله الجهر من السوء من القول إلا من ظلم (Allah tidak suka kata-kata buruk dihamburkan kecuali daripada orang yang telah dizalimi)

Namun PM10 meminta maaf atas ketersasulannya selepas itu dan meminta off record serta terus beristighfar. Beliau menambah, beliau terlupa sudah menjadi PM. Padahal di kedudukannya sebagai mangsa fitnah itu, kata-kata itu bukan dosa, sebab Allah haruskan bagi mangsa kezaliman/fitnah mengeluarkan kata2 buruk terhadap penzalim/penfitnah.

Tak apalah DS Anwar, mereka mahu kamu menjadi seorang PM maksum dan tidak membalas apa2 kejahatan yang dikenakan ke atas kamu.

Ustaz dalam postingnya seperti tangkap layar di bawah mahu orang mengamalkan ajaran Islam, tetapi beliau tidak mengamalkan ajaranan Islam di situ.

Berlaku adil adalah ajaran Islam. Untuk berlaku adil, kita kena menceritakan segala sabab wurud (sebab kejadian) "kata2 kesat" itu dan juga cerita selepasnya iaitu permohonan maaf PM10 selepas terlanjur kata.

اعدلوا هو أقرب للتقوى

Tak tahu kenapa ustaz lebih suka memanggilnya YB Tambun, masih tak redha beliau menjadi PM kita?