Tun M tidak relevan, tidak guna hentam Anwar
Kritikan bekas perdana menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa kerelevanan Tun dalam politik negara semakin pudar.
Menurut Dr James Chin, profesor pengajian Asia, Universiti Tasmania, Australia kritikan tersebut yang naratifnya hampir sama sebagaimana 20 tahun lalu menunjukkan Tun Mahathir sendiri semakin kurang relevan dalam arus politik semasa negara
“Ini petanda Dr Mahathir semakin kurang relevan di dalam politik Malaysia. Masyarakat tidak lagi mengambil pandangannya dengan serius
“Beliau, Mukhriz dan pakatan pimpinannya – Gerakan Tanah Air kalah dan hilang deposit dalam pilihanraya umum ke-15. Beliau dan Mukhriz berada dalam keadaan sukar dari sudut politik,” katanya.
Chin menambah bahawa kenyataan Mahathir hanya mengulangi pendiriannya lamanya pada 1990-an.
Dalam wawancara dengan Berita Harian pada 25 Disember 2022, Mahathir menyatakan ketidakyakinannya terhadap Anwar untuk memimpin Malaysia keluar daripada krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan ekonomi pasca pandemik.
Beliau mendakwa ketidakyakinannya itu adalah berdasarkan ketidakupayaan Anwar berdepan dengan Krisis Kewangan Asia dua dekad lalu.
Tokoh politik veteran tersebut turut menyatakan bahawa persoalan moral Anwar tidak boleh lagi dijadikan isu kerana pemimpin PKR tersebut sudahpun mendapat pengampunan diraja..