Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Najib
Razak telah mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada
dunia bahawa Malaysia berkompromi dengan rasuah.
Rakyat mula rasa terbeban dengan implikasi pengurangan denda
apabila pembayaran hutang 1MDB tetap perlu dilangsaikan sehingga 2039
sedangkan krisis ekonomi negara belum lagi pulih sepenuhnya dan ramai masih
bertarung untuk ‘survival’ pada waktu ini.
Ahli-ahli Parlimen adalah pemegang tonggak kuasa
legislatif iaitu salah satu cabang kerajaan dan berhak memantau keadilan
melalui peruntukan yang termaktub di dalam sistem perundangan.
Sebagai cabang yang berperanan membuat dasar dan undang-undang,
ahli-ahli parlimen diberi kepercayaan oleh rakyat untuk melakukan semak dan
imbang berdasarkan hak yang dibenarkan oleh Perlembagaan demi mengelakkan
bahaya ‘tyranny’ dan ‘despotisme’ yang boleh mencemarkan demokrasi di negara
ini.
Tanggungjawab ini harus terus berlangsung untuk merungkai
kecelaruan dan kekecewaan rakyat pada hari ini; justeru, penjelasan yang
konsisten dan jitu amat diperlukan.
Kuasa legislatif berfungsi untuk memperbaiki sebarang
kelompongan undang-undang dengan segera agar prinsip equality before the law
dapat diterjemahkan dengan lebih efisien demi kesejahteraan rakyat.
Sebagai pendukung mandat rakyat, wakil rakyat diharap bangkit
dengan penuh amanah dan keprihatinan yang berpaksikan kompas moral dan etika
untuk memastikan jurang ketidaksetaraan dikecilkan, perpecahan dielakkan
dan kedaulatan undang-undang negara dipertahankan habis-habisan.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Nilai dan tamadun peradaban keadilan hanya dapat dinikmati oleh
seluruh rakyat apabila kedaulatan undang-undang dijunjung tanpa gentar atau
pilih kasih dengan kewibawaan dan ketegasan penentangan setiap ahli parlimen
terhadap rasuah dan kleptokrasi melalui sistem perundangan yang diteliti,
digubal, dipantau dan dihormati tanpa kompromi. – Rasuah Busters
The
views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have
endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other
pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT -
Lima perkara utama
1.
Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
2.
Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam
sekitar
3.
Raikan kerencaman dan keterangkuman
4.
Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
5. Lawan rasuah dan kronism