JAHATNYA PN.


Izlin Idris


Memang celaka lah orang yang sengaja meletakkan naskah² Al quran di kawasan perobohan bagi memfitnah PBT dan memburukkan kerajaan negeri Selangor..


Benarlah bagai di dakwa penduduk situ sebelum ini bahawa naskah² Al Quran sememangnya sudah dikeluarkan dari surau lebih Awal..


Demi nak mainkan isu agama, mereka sanggup letakkan Al Quran di kawasan timbunan serpihan bangunan sedangkan pada hari merobohkan bangunan langsung tiada Al quran di dalam surau tersebut.


Begitu dahsyatnya permainan dan propaganda pembangkang 


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗚𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞

𝟬𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui pihak pemaju telah melaksanakan tindakan pengusiran dan perobohan terhadap penempatan setinggan yang menceroboh tanah hakmilik PKNS yang dikenali sebagai Kampung Sri Makmur, Mukim Batu, Daerah Gombak pada 27 Mei 2024 sehingga 28 Mei 2024 berdasarkan perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024. 


Pentadbiran ini telah bertindak untuk menugaskan pegawai dan anggota penguatkuasa bagi melaksanakan tugasan bagi membantu untuk mengawal keselamatan ketika operasi berlangsung seiring bersama anggota penguatkuasa daripada Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi penguatkuasaan dan teknikal yang lain. 


Pada 27 Mei 2024, pihak Bailif daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melaksanakan tindakan pengusiran tersebut telah dihalang oleh penceroboh daripada memasuki tapak operasi, penceroboh telah dinasihatkan agar tidak menghalang pihak pelaksana untuk melaksanakan perintah pengusiran. Anggota penguatkuasa dan pihak PDRM telah bertindak untuk membuka halangan daripada penceroboh bagi memberi laluan kepada jentera pemotongan utiliti dan jentera perobohan untuk masuk ke tapak operasi dan keadaan dapat dikawal dengan baik.


Anggota penguatkuasa yang bertugas sentiasa mengikut prosedur serta tatacara kerja yang berkuatkuasa dan dipantau oleh pegawai yang bertugas untuk memastikan keseluruhan struktur yang terlibat dengan operasi termasuk Surau untuk dikosongkan sepenuhnya. 


𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗻𝗮𝘀𝗸𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻, 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝗷𝘂𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗮𝘆𝗮𝘁-𝗮𝘆𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻. 


Pihak pemaju juga telah melantik pekerja-pekerja yang memakai safety vest bagi membantu pemilik struktur untuk memindahkan baki barangan yang masih ada di dalam struktur yang terlibat. 


Sepanjang operasi berlangsung, provokasi serta halangan dapat dikawal dengan baik. Namun, terdapat juga satu (1) insiden seperti yang telah tular di media sosial baru-baru ini, di mana empat (4) orang anggota penguatkuasa telah diserang oleh pemilik struktur yang terlibat dengan perobohan. Satu (1) laporan polis telah dibuat di IPD Gombak terhadap suspek dan ianya kini di bawah tindakan pihak PDRM selanjutnya.


Pada 28 Mei 2024, pihak Bailif dan pihak pemaju telah melaporkan bahawa keseluruhan struktur yang menceroboh tapak operasi telah dirobohkan sepenuhnya dan pentadbiran ini telah menamatkan tugasan kawalan keselamatan. 


Pentadbiran ini juga ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan palsu seperti yang telah tular dan disensasikan baru-baru ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛

𝗚𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞


 

No comments: