✍️ Ahmad Mursi
1. Menantu Haji Hadi, Zaharuddin, buat sumpah mubahalah (doa laknat) semata-mata nak buktikan kononnya niatnya ikhlas ajak berdemonstrasi.
2. Hairan juga — bekas pelajar Al-Azhar, pernah jadi Ahli Majlis Syura PAS, tapi ilmunya nampak sangat cetek.
3. Guna sumpah laknat bukan untuk melaknat pendusta, tapi sekadar nak tunjuk dirinya ikhlas. Dia faham ke tidak konteks mubahalah yang disyariatkan?
4. Zaman Nabi SAW, baginda berhujah soal akidah dengan Kristian Najran beberapa hari. Hanya selepas mereka berdegil, Nabi ajak mubahalah, dan akhirnya mereka takut lalu mengalah.
5. Hari ini, PAS gaduh isu picisan — sama ada demo buang masa atau tidak, ikhlas atau tidak — terus sibuk nak ajak sumpah laknat di Facebook.
6. Padahal, niatnya itu urusan dia dengan Tuhan. Heret orang awam bersumpah untuk ukur keikhlasan jelas salah guna agama dan ini mempermainkan agama (istihza’ bil din).
7. Inilah antara penyakit politik Khawarij: suka melaknat lawan politik atas isu kecil, pecahbelah ummat dengan pendekatan keras.
8. PAS selalu memaksa orang ramai ikut tafsiran agama mereka dalam soal politik, dan kalau ada yang tak setuju, terus dilabel macam-macam.
9. Seolah-olah mereka sahaja ada autoriti mutlak tafsir agama demi tujuan politik.
10. Kalau nak demonstrasi, buat sajalah. Tak perlu sampai sumpah laknat atau doa nak hancurkan rumah orang yang tak setuju dengan PAS.
No comments:
Post a Comment