Terkedu aku baca satu komen ni kat pos RR tajuk "Dimana Anda 2 September 1998"dari bekas wartawan yang letak jawatan serta-merta bila diarahkan buat laporan palsu dan memanjangkan fitnah terhadap DSAI. Dia tulis:
> “Saya meletak jawatan serta-merta sebagai wartawan agensi berita setelah diarahkan KP membuat berita palsu dan fitnah berhubung konspirasi tersebut... Ramai rakan media makan hati dan rasa bersalah bila terpaksa menyambung rezeki dengan memanjangkan fitnah terhadap DSAI setiap hari selama bertahun-tahun.”
Fuh. Deep beb. Masa tu bukan sorang dua je yang jadi alat – ramai wartawan terpaksa akur demi gaji, demi hidup. Tapi yang ada prinsip macam kakak ni, sanggup letak jawatan dari terus jadi pencacai fitnah.
Aku teringat masa zaman 1998, masa Anwar kena pecat. Aku sendiri tak percaya dengan fitnah tu. Lagi-lagi bila aku tahu salah sorang yang terlibat dalam komplot tu duduk kat Andalas, Klang. Aku tanya terus. Dia cerita habis – macam mana plot tu disusun, siapa yang terlibat, macam mana media diarahkan spin cerita ikut skrip yang dah disiapkan.
Benda ni memang takkan keluar berita. Sebab semua media time tu bawah tapak kaki pemerintah. Jadi aku ambik keputusan tulis dalam blog aku masa tu – "King Of Goblog". Nama pun dah menggambarkan zaman tu – (zaman ini zaman edan) Aku tulis bukan suka-suka, tapi berdasarkan maklumat terus dari informer dalaman yang dah tak tahan tengok pemimpin guna harta negara ikut suka hati.
Dan dalam semua ujian ni, Anwar tetap berdiri. Difitnah, dipenjara, keluar penjara, difitnah lagi zaman Najib – tetap tak goyah. Lepas PH menang PRU14, dia diberi pengampunan. Ramai sangka Mahathir akan serah kuasa. Tapi Mahathir jadi PM7, janji tinggal janji. Sampai jadi Langkah Sheraton – kerajaan PH 1.0 tumbang sebab pengkhianat.
Rupanya Allah tak izin lagi Anwar jadi PM waktu tu, sebab dalam parti dia masih penuh pengkhianat. Allah tapis satu-satu. Yang khianat keluar, masuk blok PN. Tinggal yang setia dan ikhlas. Dan bila dah bersih, barulah Allah izinkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri ke-10.
Dari “peliwat” ke PM. Dari penjara ke Putrajaya. Dari difitnah kemudian diangkat jadi nombor 1 negara.
Ini bukan kisah biasa. Ini kisah seorang pejuang yang diuji bertahun-tahun, tapi tetap teguh dengan prinsip. Bukan sebab dia kejar jawatan, tapi sebab dia sabar, dia lawan, dan dia percaya — yang benar tetap akan menang.
Dan akhirnya, Allah angkat dia.
Kisah belum habis. Tapi bab ni, cukup untuk jadi pengajaran.
ManToba Ori @ King Jason
Aktivis Bloggers
Penulis blog dulu dulu

No comments:
Post a Comment