Muhamad
China buat terusan akan siap hujung 2026. Habislah Malaysia akan kena tempias nanti...Boleh jadi buruk pada kita?
Pernah dengar pasal Terusan Pinglu?
Kalau belum, kena ambil tahu sekarang sebab projek mega ini bukan sekadar bina parit besar,
tapi ia adalah 'game changer' ekonomi dunia yang akan siap hujung tahun ini juga.
...
...
#Ceritera1
=Apa Itu Terusan Sebenarnya?=
Bagi yang jarang dengar, terusan ialah jalan air buatan manusia yang dibina untuk membolehkan kapal melintas kawasan daratan.
Fungsinya mudah, potong jalan.
Selesai.
Daripada kapal kena pusing jauh ikut laut, mereka lalu 'highway' air ini untuk jimat masa, jimat minyak, dan jimat kos.
...
...
#Ceritera2
=Fakta "Gila" Terusan Pinglu=
China sedang membelanjakan USD 10 bilion (sekitar RM47 bilion) untuk membina laluan sepanjang 134.2 kilometer.
Ia menghubungkan terus Takungan Xijin melalui Teluk Beibu.
China adalah sebuah negara yang besar.
Nak bawa barang dari industri yang letaknya dari pedalaman China tak perlu lagi pusing ikut Guangdong,
tapi boleh potong terus dengan Terusan Pinglu.
Mereka boleh jimat 560 kilometer perjalanan.
Selain boleh dilalui kapal gergasi seberat 5,000 tan, China dijangka jimat RM3.4 bilion kos logistik setiap tahun.
...
...
#Ceritera4
=🇲🇾 Apa Kesannya Pada Kita Di Malaysia?=
Ini bahagian yang paling penting untuk kita faham.
Adakah kita di Malaysia akan untvng atau rvgi?
✅1. Barang China Makin Murah & Cepat
Bayangkan kau beli barang di "Rumah Oren" atau "Rumah Hitam" dari China.
Sebelum ini, barang mungkin ambil masa seminggu.
Dengan terusan ini, rantaian bekalan jadi lebih pantas (mungkin jim4t sekitar 2 hari).
Produk seperti kereta elektrik (EV) dan panel solar akan masuk ke pasaran Malaysia dengan kos yang lebih kompetitif.
...
✅2. Nasib Selat Melaka: "Bye-bye" atau "Welcome"?
Ramai risau kapal takkan lalu Selat Melaka lagi.
TENANG..TENANG...
Terusan Pinglu TIDAK memintas Selat Melaka.
Ia cuma jalan pintas di dalam China sendiri untuk sampai ke laut.
Malah, bila kos perdagangan China jadi mur4h, lebih banyak kapal akan keluar berdagang ke arah Barat (Eropah & Asia Barat).
Hasilnya, Selat Melaka mungkin jadi MAKIN SIBUK dan padat.
...
...
#Ceritera4
=Cabaran Buat Peniaga Tempatan=
Ini sisi gelapnya.
Bila barang China makin murah masuk ke Malaysia, peniaga kecil kita (seperti industri perabot atau seramik) perlu lebih kreatif untuk bersaing dari segi h4rga.
Sebab...
H4rga terus dari China mungkin makin turun, dan rakyat Malaysia akan pilih yang lebih mesra poket.
Usahawan Malaysia kena bersaing untuk dapatkan pelanggan supaya tak "bungkus".
Macam mana caranya?
Kenalah sama-sama fikir.
...
...
#Ceritera5
=Peluang atau Ancaman?=
China sedang bergerak pantas mengatasi "Dilema Melaka" mereka, iaitu ketakutan jika Selat Melaka disekat.
Walaupun Terusan Pinglu hanya 'pintu keluar', ia adalah simbolik betapa agresifnya mereka menguasai ekonomi dunia.
Bagi kita di Malaysia, terutamanya yang berada di koridor Selat Melaka,
kita perlu bersedia dengan infrastruktur pelabuhan yang lebih hebat untuk menyambut limpahan trafik ini.
Kalian rasa macam mana?
Adakah Malaysia akan terus jadi 'Raja' di Selat Melaka, atau kita kena mula risau?

No comments:
Post a Comment