Akmal Nasir
Saya ingat tak akan berjumpa lagi dengan projek Loji Rawatan Air (LRA) selepas berpindah di kementerian baru.
Tetapi baru saja beberapa minggu di Kementerian Ekonomi, kami didatangi satu surat.
Surat permohonan NOC untuk menaikkan kos projek LRA Sungai Limau sampai ke Kementerian Ekonomi.
Projek yang saya sudah tiga kali turun di Kementerian lama 🤦🏻♂️
Sebelum ini saya berikan amaran bahawa keadaan akan bertambah teruk jika tak serius siapkan.
Tetapi saya dicemuh dan kerisauan saya diperkecilkan.
Kini, satu demi satu amaran itu TELAH BERLAKU.
Lebih saya kesal, kegagalan projek ini mengekori saya dari PETRA sehingga ke Kementerian Ekonomi 🤦🏻♂️
Dulu saya beri amaran kos akan meningkat jika tak cepat disiapkan.
Sekarang saya berhadapan dengan permohonan naikkan kos projek, amaran yang saya dah berbuih mulut cakap dulu ‼️
Tipu kalau saya tak istighfar panjang.

No comments:
Post a Comment