Aman Muhamad
Aku telah menonton video terbaru 'penjelasan' MB Kedah mengeai LRA Sungai Limau.
Dan seperti yang dijangka, MB Kedah punya sembang berpusing-pusing spin sana sini sebijik modus operandi ulamak PAS penghina Sahabat Nabi tu.
Seperti biasa juga, dia salahkan semua orang lain, kecuali diri dia.
Dan seperti biasa juga, dia selit jugak maki dan sindir Menteri Ekonomi, iaitu YB Akmal Nasir.
Dalam banyak-banyak dia pusing tu, ada satu benda je yang dia tak sebut.
Apa dia?
IAITU JANJI MB KEDAH NAK SIAPKAN LRA PADA JANUARI 2025.
Kenapa MB Kedah taknak sebut pasal janji tu?
Tak payah spin jauh-jauh.
Soalan simple je tu.
Kesimpulannya.
MB Kedah berjanji.
Berjanji nak siapkan LRA Sungai Limau.
Bukan sekali berjanji, bahkan dua kali MB berjanji.
Tahun 2020, MB Kedah berjanji siap 2023.
Tahun 2024, MB Kedah berjanji sekali lagi siap 2025.
Dan bukan LRA saja.
Pelaburan RM60 bilion Widad mana?
Yang MB Kedah janji 100,000 peluang pekerja semasa kempen pilihanraya tu mana?
Litar lumba mana?
Stadiium mana?
Tu kalau nak ungkit benda lain yang MB Kedah janji la.
Tapi sekarang ni, bab LRA Sungai Limau ni, MB Kedah yang janji nak siapkan.
Nasihat aku,
sudah-sudah la MB Kedah berbohong.
Sudah-sudah la MB Kedah asyik nak spin kepada orang lain.
Akui sahajalah MB Kedah sudah gagal mentadbir negeri dengan baik, gagal tunai janji sebagai kerajaan.
Sultan Kedah mahu Kedah jadi The Greater Kedah.
Tapi MB jadikan Kedah sebagai The Greater Kencing pula.
Letaklah jawatan MB.
Berilah Adun Bersatu jadi MB.
Itu lebih baik.
Bersatu jadi MB Perlis, makin bertambah elok negeri tu selepas PAS tak jadi MB.
:)
p/s: Oh ya, satu lagi nasihat, pesan kat exco seorang tu, sudah-sudah la claim kerja orang dalam bab pelaburan Kedah. MB Kedah kena jujur, kena cerita betul, pelaburan di Kedah tu, Madani/MITI yang bawa masuk, bukan pasukan MB pun.
insya Allah rakyat Kedah akan jatuhkan PAS sekali lagi, sebagaimana rakyat Kedah pernah jatuhkan PAS dalam PRU 2013.


No comments:
Post a Comment