Pagi tadi saya telah meluncurkan Persidangan CRM Trial Connect 2025 di Bangsar. Saya menegaskan betapa negara tidak hanya menjadi antara pentas utama dalam soal ujian klinikal bertaraf dunia tetapi telah menjadi peneraju lapangan penemuan perubatan yang telah secara langsung mengubah dan menambahbaik kehidupan manusia.
Dengan angka mencapai lebih RM1.5 bilion kepada kadar pertumbuhan negara serta telah mewujudkan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi sejak satu dasawarsa yang lalu, pencapaian di bidang penyelidikan klininal di Malaysia tidak terbatas pada soal angka tetapi menjadi penyemarak kepada harapan pesakit dan telah menjadi penggerak utama kemajuan saintifik.
Lantaran itu, Malaysia tidak boleh sekadar menjadi penerima dan penyambung inovasi dari luar. Malah, Malaysia mesti melakar serta mencorak jejaknya yang tersendiri dalam peta penemuan perubatan global, memperkasa modal insan, memperhebat serta memperluas jaringan kerjasama lantas memperkukuh ekosistem keseluruhan aspek penyelidikan yang mampan dan berdaya saing.
Justeru, mari bersama kita memantap serta meluaskan sempadan inovasi dan bergerak sederap membentuk masa depan yang lebih sihat, makmur dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment