
HarapandailyMay 8, 2025
Oleh ZAIDI YUSOFF
Penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dikatakan menghalau
miskin dari bandar.
Betulkah? Mari kita dengar apa kata Menteri-Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan sebelum ini.
Akta tersebut adalah perancangan dalam PLAN Malaysia yang dirancang
seawal tahun 2021 lagi. Boleh baca di sini.
1) Ketika itu Menteri KPKT Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perdana
Menteri Muhyidin, Zuraida Kamarudin kata perlu pinda akta berkaitan untuk
menjayakan PLAN Malaysia ini.
2) Selepas itu, cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar telah diutarakan
oleh Menteri KPKT zaman Kerajaan PN seterusnya
yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Reezal Merican.
Boleh ikuti jawapan menteri ketika itu:
3) Apabila Kementerian sekarang cadang untuk kelulusan sekarang
tiba-tiba kata nak halau orang miskin lah… Malaysian Malaysia lah…
4) Semasa mereka jadi Menteri dan buat cadangan yang sama masa PN jadi
kerajaan dulu, tiada pula timbul isu halau orang miskin atau halau Melayu atau
isu Malaysian Malaysia.
5) Kakitangan kerajaan dalam kementerian yang samalah zaman PN dan
kerajaan sekarang yang rangka undang-undang tersebutlah..
6) Jadi, kepada pemimpin jangan jadi munafik dan kepada ahli jangan
mudah sangat kepala kena kencing.
Zaman mereka yang rancang, tiba-tiba orang lain pula jadi konon nak
halau penduduk.
7) Allah bagi akal, ilmu dan agama untuk pastikan bahawa agama ini
tertegak dengan dengan hujah dan dalil bukan dengan sampah-sarap.
No comments:
Post a Comment