Hipotesis Politik Jun 2022

 

1) Saya masih dengan pendapat saya yang PRU15 sampai habis penggal walaupun ramai yang kata PRU dalam bulan Ogos atau September

a) Hujah saya mudah, hari ni kita dapat lihat satu lagi crack dalam UMNO bila Isnail tak hadir dalam mesyuarat MT; dan orang kuat Isnail, probok2 di pecat dari jadi MT UMNO. Jadi kestabilan yang BN canang itu hanyalah fantasi sahaja.

b) Ini semua pressure dari kluster Mahkamah untuk bubarkan parlimen tapi kuasa bubar parlimen hanya boleh di minta oleh PM.

c) Jika PM bubar Ogos ini misalnya, kuasa lantikan calon terletak pada Pengerusi BN iaitu Wak Akal Budi. Kenapa Ogos? Sebab Ogos juga tarikh pengujahan kes pecah amanah. Kalau Wak di dapati bersalah dan dia masih nak bertanding; dia akan jadi libiliti pada BN; jadi mereka akan cuba bubar sebelum tarikh tersebut.

d) Kalau kepimpinan sama, geng-geng kluster menteri pasti takkan di lantik semula. (yang ironis majoriti mereka ini juga penerima derma dari UKSB dan penerima derma dari kes terowong LGE)

2) Jadi perkara

terbaik

yang Isnail boleh buat ialah demgan drag pembuburan parlimen sehingga ujung penggal. Isnail dan geng kluster menteri hanya akan setuju bubar kalau mereka yakin dapat secure lantikan untuk PRU which is kalau Isnail dapat ambil alih tampuk kepimpinan BN.

3) Semalam juga kita dengar cerita yang lebai nak guna balik logo mereka sendiri; jadi kita boleh tahu yang mereka sudah rasa modal "abah baca doa" dah tak boleh jalan. Boleh jadi juga dedak dari sudah habis, kini bersatu ibarat habis madu sepah di buang. Sama ada Lebai akan bersama dengan BN atau tidak itu isu kedua, yang penting bila lebai tidak bersama dengan bersatu; undi atas pagar akan jadi lebih banyak dan up for grab.

4) Kita boleh lihat abah PDF semakin cemas, sibuk nak kerjasama dengan orang lain padahal dulu masa ada kuasa, dia bukan main sombong. Ingatlah janji Allah pada mereka yang berkhianat. Kes terima duit UKSB ini hanya tips of the iceberg. Ini baru cerita satu kementerian; kalau buka semua alamat 3/4 pemimpin dalam UMNO dah sangkut. Tapi depa tak sangkut walaupun kes heli tak jumpa sebab ada orang simpan cita-cita peribadi untuk berkuasa lebih dari perjanjian.

5) Saya setuju dengan gerakkan macam #ayuhmalaysia oleh Rafizi dan #saveKelantan oleh Husam. Benda yang macam ini yang akan bagi impak besar pada pengundi baru dan pengundi atas pagar. Yang dok canang-canang dengan perkataan buruk macam "polit@ik" atau orang politik ini semua sama adalah orang yang sama yang undi barisan nasional lepas dapat dedak RM200. Lepas tu canang semua orang politik sama padahal mereka sendiri adalah enabler politik jijik macam itu. Yang penting target kita adalah pengundi atas pagar.

6) Mengikut firasat saya kalau PAS bertanding dengan logo sendiri, peluang mereka untuk tewas di Kelantan adalah sangat tinggi. Dengan pemimpin yang angkuh, tak boleh pakai, hanya pandai berceramah; yang penyokong parti sendiri pun dah turut menyampah. Cuma yang penting bagi kita, undi mereka jangan terlepas pula pada UMNO. sebab UMNO ini dua kali 5. Bala yang rakyat kita tanggung sekarang ini salah satu dari tinggalan PM Facebook, 2.5 billion setahun kena bayar bunga dan prinsipal hutang 1MDB.

7) Dan Isnail juga telah di nobat sebagai PM paling lemah oleh orang UMNO sendiri (Baca Jazlan); tengok track record dia pun dah tahu. Bising bab Adib waktu jadi ketua pembangkang, sampai sekarang tak settle. Buat Digital Mara pun bungkus. Bab harga barang jangan ceritalah. Ini elektrik pun pakat u-turn lepas tak tahan kena kecam. Style dia macam Abah PDF, semua benda autopilot + blur.

Description: 😎Benda yang paling penting sekarang ialah PH kena dapatkan balik sokongan golongan T20 dan M40 yang sokong PH waktu PRU14 dulu. Sebab itu PM Facebook saja bagi cadangan tak masuk akal nak naikkan RON95 konon2nya golongan T20 yang banyak salah guna, dia buat ini sebab dia tahu golongan T20 banyak yang cerdik; dan orang cerdik takkan sokong dia. Jadi bila naikkan harga RON95, duit subsidi itu boleh bagi CASH pada pengundi B40 (sekarang ini di apungkan guna formula Rafizi tu). Tapi yang PM Facebook tak cerita pasal rantaian kenaikan harga barang-barang lain kalau RON95 tak ada subsidi; dia peduli apa harga barang naik, berlian bini dia pun juta-juta guna duit rakyat.

9) PH kena bagi manifesto dan alternatif untuk mereka yang tak suka korupsi dan tak suka penunggang agama. Bukti 22 bulan banyak benda yang bagus macam perlaksanaan akta guaman syarie, kewangan tabung haji yang kembali stabil (yang duk fitnah PH jual asset dulu, masa TH jual, dia jadi timbalan menteri sebab itu settle luar mahkamah) dan paling penting harga barang-barang yang munasabah.

10) Orang melayu sendiri boleh tengok selama 3 tahun kerajaan PN\BN ini, mereka paling teruk dalam menjaga hak orang melayu. Di kelantan dan macam rejim zionis, kena halau dari tanah sendiri rumah pun tak dapat.

11) Bonus kalau PH boleh tubuh kerajaan; tapi kalau BN juga menang, bersiap sedialah untuk jadi Zimbabwe dan Sri Lanka yang baru. Cuma kita akan lihat pimpinan PN + Lebai jadi kluster Mahkamah.