Pemimpin yang paling digeruni di Malaysia setakat ini adalah Anwar Ibrahim...ANDA TAKUT???ANDA TENTU AMBIL RASUAH

Image may contain: text that says "4G 13:57 Selagi pihak yang taja cerita liwat ini tak mampus, selagi itu cerita liwat tak pupus! 76 16 Comments Like Comment Share"

Pemimpin yang paling digeruni di Malaysia setakat ini adalah Anwar Ibrahim...

Sejak zaman Mahathir pertama kali jadi perdana menteri pada thn 1981 hingga ke era Najib Razak 9 thn ditampuk kuasa... keberadaan sosok bernama Anwar Ibrahim cukup dibimbangi..jadi mimpi ngeri kepada pemimpin kleptokrasi..

Berbagai usaha untuk memalitkan tuduhan terus digerakkan..satu persatu tak mampu mengetarkan sosok seorang pejuang..
Idea mengenakan tuduhan liwat sejak 1998 kini berulangkali terus dipergunakan.. ianya tak lebih sebagai peluru terakhir utk mengaibkan Anwar Ibrahim seumur hidup..

Kerana bagi mensabitkan tuduhan rasuah, bagai mustahil untuk berjaya jatuhkan Anwar.. ini kerana sedari awal sejak awal lagi Anwar tegas memerangi rasuah.

Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka semata-mata. Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN ketika itu.

Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang rapat dengan Perdana Menteri waktu itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.

Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu.Ketika beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.

Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah1997 itu.
Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannyake mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu.
Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.

Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan.

Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.

Kepada Parti Keadilan Rakyat, para pendokong Reformasi..sudah-sudah lah mempercayai Mahathir Mohamad.